Showing posts with label bn sabah. Show all posts
Showing posts with label bn sabah. Show all posts

Saturday, June 1

DIMANA ADA PEREMPUAN CANTIK DISITU KAMPUNGKU.............?



Seperti sambutan-sambutan sebelumnya, Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai kaum Kadazandusun di Sabah terus disambut meriah dengan dewan bersejarah Hongkod Koisaan dekat sini dibanjiri ribuan manusia bermula.

Tadau Kaamatan yang disambut pada peringkat negeri pada 30 dan 31 Mei setiap tahun itu menjadi medan pemimpin kerajaan menyampaikan ucapan-ucapan yang memberangsangkan tetapi juga menjadi tempat para peniaga dan pengunjung menikmati pelbagai juadah – makanan, pertunjukan kebudayaan dan cerita politik.

Cerita paling panas yang banyak diceritakan sepanjang Pesta Kaamatan kali ini adalah larangan kemasukan Nurul Izzah ke Negeri Sabah. Ramai dikalangan Ahli politik mengatakan itu adalah hak Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk menolak sesiapa saja yang boleh mengugat keharmonian Negeri Dibawah bayu itu.

Terbaru MKP diberitahu bahawa Nurul bakal mengemukan bantahan namun telah termaktub dibawah undang-undang. Cuma perang persepsi saja boleh dibuat. Kesian kan Nurul nie melepas Pesta Kaamatan kali nie.

Walaupun MKP  berada disini didalam tempoh yang agak singkat namun ini adalah kali pertama menyambut pesta yang Sempoi ini.

Seperti kebiasaan semalam adalah kemuncak perayaan itu dengan penampilan pertandingan ratu cantik Tadau Kaamatan yang dipanggil “Unduk Ngadau” menjadi daya tarikan utama.

Ia disertai puluhan gadis paling cantik kaum Kadazandusun yang mewakili daerah dan kawasan dari seluruh ceruk Sabah yang sebelum itu telah mengadakan Pesta Menuai peringkat daerah masing-masing.

MKP Ayat Sempoi : Jutaan Terima Kasih pada Sahabat Dari Sabah, Jasamu MKP kenang sehingga akhir hayat...Jangan Lupa mai Penang pulak... Pekena nasi kandaq,,,,


Monday, September 17

ANWAR KENA TIPU DENGAN YAHYA LAMPONG?



Pernah dengar ke nama Datuk Yahya Lampong sebelum ini? MKP tak pernah dengar nama nie menghiasi laman akhbar berita tempatan atau dari blog pakatan sebelum ini hinggalah beliau umum keluar dari UMNO dan masuk PKR.Pemimpin bila dah rasa suam kuku mulalah nak buat kecoh lompat parti dan sebagainya. Salah satu darinya ialah nak kembali berkuasa dan menaikan nama demi meraih simpati.Bila nama dah meletop sudah pasti akan menjadi perhatian.So senanglah nak lobi lepas nie..

Monday, August 13

Apa Dah Jadi Senator Datuk Maijol Mahap Lompat?


Lepas satu satu yang nak buat hal kat Sabah nie,Mungkin dah kena batu Merah cincin yang telah dipakai oleh Anwar?Polimik ini mungkin akan berterusan jika tidak dibendung awal.PRU dah semakin hampir Sabah memang deposit kepada BN untuk kerusi Parlimen tapi senario ini mungkin ada sebabnya.DS Najib Razak mungkin ada perancangan yang telah diatur serta setelah kembali dari Sabah  baru-baru ini.Kita tunggu dan lihat apa perancangan PM?
Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar daripada Kadazansun Murut Organisation (UPKO) semalam. 
Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu. 
Beliau selain itu menambah lebih ramai lagi pemimpin yang akan mengikuti jejak langkahnya. 

Sunday, July 29

LAJIM APA KAU MAU BAH?


Untuk apa Datuk Lajim Haji Ukin minta dipecat daripada Umno? Tindakannya itu menggambarkan bahawa beliau bukanlah pemimpin yang ikhlas.

Dalam sistem demokrasi, siapa sahaja rakyat negara ini bebas memilih anutan politiknya. Lajim tidak bersetuju dengan Umno dan BN, sepatutnya secara sukarela keluarlah!!! mengapa menunggu untuk dipecat!!!.. mungkin Lajim mahu satu catatan dalam diarinya, bahawa beliau pernah dipecat daripada Umno!!!.

Percayalah Lajim dipecat kah atau keluar secara sukarela kah, tidak mempunyai impak terhadap Umno, sebabnya, rakyat sudah awal-awal tahu, bahawa sebab musabab beliau bertindak demikian kerana masalah peribadi, bukannya masalah perjuangan.

Semalam bertempat di rumahnya di KG Likas, Kota Kinabalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai AMT Umno, Pengerusi BN Beaufort, tetapi mengekalkan keahlian Umno dan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.

Berhubung Jawatan Lajim pada Kerajaan, Perdana Menteri akan membuat keputusan esok (Isnin).

Sementara itu, di Kota Kinabalu- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Ahad meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.


"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.SUMBER

Lajim Ukim Main "Political Animal" Bah?


UMNO digemparkan dengan perletakan jawatan oleh MT UMNO Lajim Ukim,Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.Perletakan serta merta pulak tue.Apa Dah jadi bah dengan kempipinan UMNO kat Sabah.MKP mendapat perkhabaran yang kurang manis dari rakan-rakan dari Sabah menyatakan ianya masalah dalaman yang meruncing ketika ini.Adakah ini patut berlaku apabila kita diambang PRU 13.Patut dikaji dan diberi perhatian oleh UMNO.

Berbalik kepada gambar diatas ianya adalah keadaan yang sah dimana Lajim Ukim telah bermain "Political Animal"Siapa didepan tue semua orang kenal dia bah.Anwar -Al Juburi.Apa yang Lajim Ukim nie buat sambut ketibaan Analwar di Airport????Mesti ada satu agenda yang sudah diagak olah kita semua.Ucapan Lajim Ukim menyatakan tidak akan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR adalah retorik semata-mata.Tapi MKP puji tindakan yang telah dibuat oleh PM, rilek dan bersahaja tidak gelabah macam pemimpin lain.
Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. "Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.
"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,"
MKP Ayat Sempoi : Lajim Dah kena batu Merah Jemala Anwar Ke? 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive