Monday, September 17

ANWAR KENA TIPU DENGAN YAHYA LAMPONG?



Pernah dengar ke nama Datuk Yahya Lampong sebelum ini? MKP tak pernah dengar nama nie menghiasi laman akhbar berita tempatan atau dari blog pakatan sebelum ini hinggalah beliau umum keluar dari UMNO dan masuk PKR.Pemimpin bila dah rasa suam kuku mulalah nak buat kecoh lompat parti dan sebagainya. Salah satu darinya ialah nak kembali berkuasa dan menaikan nama demi meraih simpati.Bila nama dah meletop sudah pasti akan menjadi perhatian.So senanglah nak lobi lepas nie..


Paling memalukan ialah Datuk Yahya Lampong bukan lagi sebagai Naib Presiden Perkasa sejak dari tahun 2009.Malu tahap gaban der bila Perkasa mengeluarkan kenyataan nie kt blog rasmi PERKASA...

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Anwar yang keluarkan kenyataan macam nie beb,sama jualah Anwar dan sekutunya serta keadilanDaily suka menfitnah dan tembak pakai serkap jarang.Jika benda macam nie pun depa boleh tipu. Apa lagi benda lain yang melibatkan keselamatan serta maruah negara beb.


MKP dapat maklumat nie dari kawan kat Sabah menyatakan Datuk Yahya Lampong nie kalah pada Datuk Musbah Jamli .Datuk Musbah umpama seorang artis yang mempunyai peminatnya tersendiri, dan yang paling menarik dan berbeza dengan pemimpin lain ialah kerana beliau mempunyai penyokong yang amat setia kepada beliau. 

Ketaatan dan kesetiaan penyokong beliau telah beberapa kali teruji dan tidak pernah mengkhianati perjuangan beliau, misalnya pada tahun 2004 apabila beliau tidak bergelar wakil rakyat kerana tempat beliau telah diberikan kepada Tan Sri Pandikar. 

Selama hampir lima tahun beliau tidak mempunyai kuasa, penyokong-penyokongnya tidak pernah meninggalkan beliau, malahan pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud tahun 2004 penyokong-penyokongnya telah membuktikan sokongan mereka apabila memberikan kemenangan kepada beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian dengan mengalahkan Datuk Yahya Lampong tajaan mantan Ketua Bahagian sebelum itu Datuk Salleh Tun Said dengan majoriti yang amat besar iaitu lebih 200 orang.

Umno Kota Belud pula kini diterajui semula oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang menewaskan penyandangnya Datuk Musbah Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive