Friday, September 7

POLIS PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA? @PDRMsia

Demo yang telah diajurkan oleh pihak SUARAM di Bukit Aman.Memorandum tentang pembunuhan Dinesh telah diserahkan oleh pihak SUARAM kepada Wakil pihak PDRM.Dakwaan Suaram kononnya anggota Polis telah membunuh Danish?adakah ini benar?biarlah pihak yang terlibat menyiasat?


Yang menarik perhatian MKP ialah berkenaan Suaram ini telah dibiayai oleh Dana Asing.Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).


Siasatan juga mendedahkan SISB yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 menyalurkan dana kepada SUARAM, yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). SISB pula mendapat pembiayaan daripada dana asing sejak 2008.

Siasatan SSM mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Open Society Institute (NGO di New York), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SSM mengesyaki SISB melakukan kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana ada aktivitinya tidak mengikut peraturan berkaitan objektif penubuhan syarikat.

SISB terima, salur dana Sebagai contoh, katanya, ada ketika hanya 0.06 peratus pendapatan keseluruhan SISB datang daripada aktiviti perniagaannya, bakinya sumbangan dana luar.

Ini menunjukkan SISB ditubuhkan untuk menerima dana dan menyalurkannya kepada SUARAM, sedangkan setiap perolehan patut digunakan untuk kepentingan syarikat.

SSM kena kritik

Sebelum ini, SSM dikritik beberapa NGO kerana didakwa gagal bertindak terhadap SUARAM yang mengaku menerima dana dari negara asing.

Kritikan itu susulan dakwaan SUARAM bukan NGO tetapi sebuah syarikat dikenali SISB.

SSM bagaimanapun mengesahkan SISB berdaftar mengikut Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001, dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

Terima dana asing

Baru-baru ini, Kua yang juga Pengarah SUARAM mengesahkan NGO itu menerima dana asing.

Ismail Sabri menjelaskan SUARAM adalah sebuah NGO dan bukan syarikat mengikut Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956. Oleh itu, SUARAM tidak tertakluk di bawah bidang kuasa SSM. 
Katanya, sebarang tindakan terhadap SUARAM hanya boleh diambil Bank Negara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. 
“Kedua-dua entiti itu (SISB dan SUARAM) ada kaitan tetapi perlu disiasat dengan terperinci. Bukan siasat dari mana wang itu diperoleh… itu bukan bidang kuasa SSM.

Ikut peraturan

Siasatan tertumpu sama ada syarikat menurut peraturan kewangan, diaudit, wang masuk direkodkan secara jujur atau pengarah mematuhi tugas fidusiari.

Siasatan SSM mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Open Society Institute (NGO di New York), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ismail Sabri tetap mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish yang didesak pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan kerana tidak yakin dengan keupayaannya menjalankan tugas.
“Saya mesti mempertahankan CEO (Mohd Naim) saya sebab saya tahu CEO menjalankan tugas… saya tahu apabila Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengeluarkan kenyataan, SSM terus mengeluarkan arahan (untuk siasat), jadi apa masalahnya,” katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive