Saturday, September 15

ADUN TONG GAS HINA MAHKAMAH?



Adun Tong Gas!!!!Ng Wei Aik merupakan seorang ADUN Komtar dan Setpol kepada Guan Eng.Ng Wei Aik yang didakwa menghina mahkamah pada satu majlis makan malam anjuran Persatuan Penjaja Datuk Keramat.Ketika memberi ucapan majlis itu beliau mengutuk keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan penduduk Kampung Bukit Koman di Raub bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (PEIA) kepada sebuah syarikat melombong emas.




Wei Aik juga didapati mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.

Tindakan Wei Aik yang juga Setiuasaha Politik kepada Ketua Menteri itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang malah beliau dengan secara berani menghina mahkamah secara terbuka.

Tindakan Wei Aik ini jelas bertentangan dengan Perkara 126 di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana dia telah mempertikaikan keputusan hakim di tempat awam.

Tindakannya mengutuk institusi kehakiman ini seolah-olah beliau mahu menghasut orang awam supaya menentang badan kehakiman di Malaysia.

BN negeri telah membuat tiga laporan di balai Polis Jalan Patani berhubung tindakan biadap ADUN Komtar itu dan pihaknya juga akan menulis satu surat kepada Ketua Hakim Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP berkenaan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive