Keputusan muktamad akan diketahui pada Isnin ini..
Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu etnik Rohingya, dijadual belayar ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Indera Sakti.
Misi bantuan itu dijangka mengambil masa 11 hari dengan perjalanan sehala dari Pelabuhan Klang ke Sittwe memakan masa empat hari, dan tiga hari lagi diperlukan bagi menjalankan misi bantuan.
Seramai 44 anggota pasukan bantuan kemanusiaan dengan 480 tan metrik makanan dan ubat-ubatan bernilai US$3.1 juta (RM9.8 juta), pakaian, selimut serta sokongan logistik lain akan dimuatkan dalam KD Seri Indra Sakti.
MKP ayat sempoi : Moga dari hasil perbincangan kali ini akan berjalan lancar supaya harapan rakyat Malaysia membantu etnik Rohingya tercapai.
No comments:
Post a Comment