Monday, September 10

GOLONGAN ANWARIS KECEWA NASHA KEKAL


Sudah tentu golongan anwaris kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat malam semalam untuk mengekalkan ‘dalang kerajaan perpaduan dengan UMNO’, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli PAS. Keputusan ini jelas tidak mengikut kehendak ahli PAS diperingkat akar umbi yang mahu melihat Nasharudin di pecat.

Sekurang-kurangnya 2 kumpulan besar dalam PAS yang masing-masing diketuai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Datuk Husam Musa, telah menyatakan kekecewan masing-masing berhubung dengan keputusan tersebut.

Mereka menyifatkan kegagalan Majlis Syura PAS sebagai badan tertinggi parti tersebut mengambil tindakan terhadap Nasharudin, hanya menyerlahkan lagi ketidakupayaan badan itu mengawal tingkah laku ahli-ahli PAS yang bercanggah dengan perjuangan utama parti itu sekarang - negara berkebajikan.


Tidak kurang juga yang melihat Majlis Syura Ulama seakan tunduk kepada UMNO. Sebab kita tahu UMNO saja yang mahu Nasharudin kekal dalam PAS kerana UMNO tahu hanya Nasharudin yang berupaya menjahanamkan PAS dari dalam!!

Kalau kita imbas kembali, apa yang ‘kurang’ (dibaca dalam notasi berbeza) dengan semua jenis kesalahan yang telah dilakukan Nasharudin? Bekerjasama dengan musuh, berhubung baik dengan musuh, mengadakan pertemuan sulit di luar negara dengan pemimpin parti musuh dan gagal memaklumkan parti mengenainya, serta banyak lagi.

Sumber dari DAP juga memaklumkan bahawa kepimpinan pusat DAP merasa kecewa kerana kegagalan mengambil tindakan ke atas Nasharudin menunjukkan parti tersebut tidak menghormati Karpal Singh sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP. Malah, ada juga yang membandingkan tindakan yang diambil oleh PAS ke atas Datuk Dr. Hasan Ali kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Hasan Ali disingkirkan dari PAS kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya dikeluarkan ke atas Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, sedangkan Nasharudin tidak dikenakan apa-apa tindakan, malah kes mengenainya tidak dibincangkan langsung oleh Majlis Syura Ulama walaupun dia mengkritik keras Karpal.

1 comment:

Anonymous said...

geng anwarinas dan syiah kalah tetapi menang ... ustaz nasha menang tetapi rugi ... win ... win situation dalam percaturan politik pas. kalahnya geng anwarinas dan syiah ialah mereka gagal menendang keluar ustaz nasha ... tetapi mereka berjaya mensejuk bekukan ustaz nasha dalam pru ke 13 ini. agenda mereka seterusnya ialah membuang ustaz nasha selepas pru ke 13 ini. ustaz nasha menang kerana masih berada di dalam pas tetapi tidak dicalunkan di dalam pru ke 13 ini. nik aziz pasti tidak akan membenarkan ustaz nasha bertanding di kelantan. ke mana ustaz nasha selepas pru ke 13 ini. apakah nasibnya. geng ulamak hanya berjaya mengekalkan ustaz nasha sebelum pru ke 13 demi kelansungan perjuangan pas. jika ustaz nasha dibuang hemmm ... pas pasti lingkup. jika ustaz nasha dibuang selepas pru ke 13 ... pas masih boleh bergerak dengan baik tanpa menerima masalah dari ustaz nasha. jika pun ustaz nasha dibuang selepas pru ke 13 ... dan ustaz nasha berjuang menentang pas selepas itu ... tetapi perjuangannya tentu tidak akan bertahan lama ... dia tentu memerlukan satu platform yang kukuh ... dan apakah platform itu ... kita tengoklah nasib yang akan menimpa ustaz nasha ini semasa dan selepas pru ini ...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive