Saturday, September 29

Qalisha Ray & Daus (AF) #TurunkanHargaPrivateJet


Sekarang isu mengenai pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi sedang berlegar-legar di media massa. Bukan mahu sibuk dengan politik, tapi tahukah anda, taraf hidup selebriti di Malaysia jika dibandingkan dengan selebriti Hollywood, bagaikan langit dan bumi.

Daus Shahril Eli atau mesra dipanggil Daus ketika ditanya adakah dia mahu mempunyai jet peribadi sendiri jika berpeluang, dia menjawab, “Kenapa tidak? Tetapi bergantung pada bajet juga la kerana kami pun seperti orang biasa juga.


“Kami pun mahukan taraf hidup yang tinggi untuk mengekalkan reputasi,” jelas Daus Shahril Eli, bekas peserta Akademi Fantasia.

Namun begitu, Daus turut menegaskan, bagi selebriti yang low-profile, mempunyai jet sendiri adalah sesuatu pembaziran.

Dengan mempunyai jet sendiri, seseorang selebriti itu mudah bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu membeli tiket penerbangan.

Walaubagaimanapun, Daus memilih untuk tidak mempunyai jet sendiri dan lebih rela menggunakan penerbangan komersial.

“Saya pilih penerbangan komersial kerana lebih jimat duit dan juga mampu menjaga dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.”

Berlainan pula bagi penyanyi jelita, Qalisha Ray. Dia memilih untuk mempunyai jet peribadi sendiri kerana baginya, ia memudahkan perjalanan dan meringankan kerja.

“Untungnya bila ada jet peribadi ini, kita boleh pergi kemana sahaja yang kita mahu. Dan sebagai selebriti, dengan memiliki jet peribadi saya boleh memilih masa dan tarikh penerbangan sendiri.”

Tak cukup disitu, Qalisha turut menjelaskan mengenai keselesaan memiliki jet peribadi sendiri.

“Saya juga dapat menikmati perjalanan yang selesa, katering yang bagus serta servis dan apa yang paling penting, ketepatan masa,” ujar penyanyi lagu Bebaskanlah Cinta ini.

Ketika ditanya, bilakah selebriti tempatan mampu memiliki dan membeli jet sendiri, Qalisha tegas menjelaskan industri hiburan tanah air masih lagi kecil skopnya berbanding luar negara.

“Selagi industri muzik kita tidak dapat diterima diseluruh dunia, selagi itu artis kita tak akan mampu memiliki jet peribadi sendiri. Ini kerana industri muzik kita skopnya sangat kecil.

“Tapi siapa tahu mungkin satu hari nanti, ada seseorang yang bertuah dan berjaya memecah industri muzik kita untuk pergi lebih jauh,” ujar Qalisha mengakhiri perbualan melalui Blackberry Messenger (BBM).

Sumber OH_MAE oppp silap OH BULAN>....HAAAA

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive