Alhamdulilah video yang telah menjadi kemarahan Umat Islam kerana menghina Nabi Muhammad telah dikeluarkan dari laman google Malaysia.Ramai yang membantah namun cuma sorang sahaja yang nampaknya menyokong benda nie,Lahanat punya Ngeh Khoo Ham memang dasar sikap benci Islam dan memperkecilkan orang lain.
Hasil ini tidak mungkin tercapai jika pihak Kerajaan Pemerintahan ketika ini BN/UMNO tidak masuk campur dalam hal ini.Mungkin PAS/DAP dan PKR boleh ambil kredit untuk menipu rakyat akan tetapi rakyat Malaysia kini lebih matang untuk menilai apa yang berlaku.Tindakkan kerajaan adalah tepat, tidak kira apa jua bahan dalam bentuk apa sekalipun yang menghinan kesucian agama Islam, wajar disekat serta merta.
Tahniah juga kepada semua pejuang maya dialam siber kerana menyebarkan isu ini hinggalah diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
PETALING JAYA: Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi ‘Innocence of Muslims’ sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:’Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.’
Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.
“Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti,” katanya pada Isnin.
Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir.
MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.
No comments:
Post a Comment