Umno Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan melampau peserta demonstrasi pro-BN, termasuk perbuatan khianat ke atas bas kempen PKR, berpunca daripada "kebencian yang ditiupkan kerajaan DAP".
Ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya "lebih peka, rasional dan tidak harus meniupkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari".
Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada Umno dan BN, pada tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat.
Datuk Zainal Abidin dalam sidang medianya mengatakan Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti.
Beliau jua meminta pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini
No comments:
Post a Comment