Ketika hujjah tersebut dijawab dengan disiplin ilmu Islam serta dikemukakan segunung dalil naqal, mereka tetap tidak mahu berfikir menggunakan akal. Sebaliknya mereka membantah kembali dengan segenap emosi. Bagi mereka; yang benar adalah jalan fikir mereka sahaja. Selain mereka adalah sesat dan menyesatkan.
Mereka juga akan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh lawan mereka walaupun perkara itu bermanafaat untuk masyarakat. Seperti seorang hamba tawanan yang selalu membantah dan memandang curiga terhadap segala tindakan penjajah. Seperti pemikiran Dzul Khuwaisirah yang membantah Rasulullah saw dan memandang dirinya adil sementara Rasulullah saw bersikap curang. Tetapi sebenarnya Dzul Khuwaisirah ini kepingin emas yang diagihkan oleh Nabi pada hakikatnya.
Justeru khinzirisme menciptakan watak sampingan iaitu Khawarijisme; manusia yang suka membantah pemerintah dan meminta-minta. Manusia yang suka meminta-minta untuk keperluan hidupnya adalah manusia kerdil yang jiwanya terpenjara.
Lantaran itu bahana daripada empat wajah ini adalah masyarakat bergolak, berkelahi dan tidak bersatu. Sementara ilmu tidak berkembang dan kejahilan mewabak pada setiap anggota masyarakat. Rakyat lebih suka berdemontrasi dari memberi jalan solusi. Natijahnya negara runtuh sama ada kerana pembantaian dari kuasa luar atau kekacauan dari dalam. Inilah yang akan terjadi tatkala kita hanya merdeka pada raga tetapi jiwa masih menjadi hamba.
No comments:
Post a Comment