Thursday, September 13

APA SALAHNYA JIKA @shaberyc Menari OPPA GANGNAM STYLE.


Apa yang pelik dan salah apabila Menteri Belia Dan Sukan menari oppa Gangnam Style di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia Dan Sukan.KBS adalah satu kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mendekati anak muda dengan cara anak muda mengikut peredaran zamannya.

Antara usaha untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu dan Bumiputera yang telah layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi adalah menerusi pendekatan politainment. Istilah dinyatakan oleh pensyarah Psikologi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Dr Mohamad Yaacob ini merujuk kepada penggabungan perkataan politik dan hiburan.

So kalau nak kata tak kena itu dan ini lebih baik kita berfikiran lebih terbuka dari hanya menghentam Datuk Seri Sabry Cheek menari bersama anak muda.Blogger Kaldai Pembangkang Amenoworld dalam blognya KLIK  



Pendekatan lebih santai, seronok dan menghiburkan perlu diguna pakai dan tidak seharusnya dipandang sepi. Politainment katanya, adalah mekanisme yang diguna pakai di negara lain seperti Indonesia dan Amerika Syarikat dalam memastikan pendedahan mengenai pilihan raya di negara mereka dapat disampaikan dengan jelas dan diterima rakyat.Unsur hiburan adalah antara cara penyampaian berkesan dan antara medium pendekatan cepat diterima. Ternyata, di Amerika dan Indonesia, cara ini membuahkan hasil positif dan mengapa ia tidak dipraktikkan di Malaysia?

Perlu diketahui, sebilangan besar orang muda tidak minat bercakap hal politik. Dalam usaha mendekati mereka, hal politik perlu dikecualikan menjadi topik asas komunikasi, sebaliknya (berilah peluang) mengikut topik apa yang mereka minati ataupun sediakan program yang dekat dengan kehendak mereka selagi mana logik dilaksanakan

Setiap parti politik seharusnya mampu melahirkan ikon yang boleh diikuti dan diminati oleh orang muda. Apabila ada ikon yang diminati dalam sesuatu parti, secara tidak langsung menimbulkan keinginan untuk mendaftar undi kerana mahukan ikon atau parti yang disertai ikon mereka menang pada pilihan raya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive