exponegaraku

Thursday, September 6

MAZLAN ALIMAN DIBOGELKAN KEMALUANYA OLEH PENEROKA.


Kira-kira 616 peneroka FELDA Lurah Bilut, dekat sini menafikan tanah milik mereka akan hilang seperti didakwa pembangkang susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan antara usaha menggagalkan rancangan kerajaan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di situ dalam jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaruddin Mat Doaa, berkata isu pindah milik tanah itu sengaja dimainkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.




Itu semua fitnah. Sehingga kini, geran masih ada pada kami dan tidak diambil seperti didakwa. Pembangkang sengaja mahu memporak-perandakan peneroka.

Sebelum ini, pembangkang dan Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mendakwa tanah peneroka akan diambil dalam proses penyenaraian FGVH, Jun lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada tanah peneroka akan diambil bagi tujuan itu.

Kamaruddin yang bersyukur dengan penyenaraian FGVH itu, berkata peneroka berterima kasih dengan kerajaan kerana sudah terlalu banyak nikmat diperoleh sejak lebih 50 tahun lalu.

Generasi kedua peneroka, Zulkifli Yunus berkata, usaha pihak luar cuba untuk meracuni pemikiran penduduk tidak akan berjaya berikutan mereka mengetahui situasi yang sebenar.

Kami menyokong usaha kerajaan kerana ia memberi manfaat kepada peneroka. Dakwaan ia akan merugikan peneroka adalah tidak tepat dan berniat jahat.

Pendapat itu disokong Abdul Mutalib Abu Bakar yang menyifatkan dakwaan terbabit tidak berasas.

Kami yakin dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan. Sudah pasti Perdana Menteri tahu apa yang terbaik untuk kami.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive