Sunday, September 2

Apa Hal Nie Pulak Erra Fazira?


Erra Fazira tampak begitu tenang dalam menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi mengenai hal peribadi, Erra Fazira langsung tidak melatah malahan merasakan ia adalah asam garam kehidupan yang harus digadaikan setelah menjadi artis.

“Memanglah, semua pun ada sifat marah tersendiri, tapi pengalaman saya sebagai artis banyak mengajar agar lebih pandai mengawal kemarahan . Tidak boleh jika kita berada di dalam keadaan marah dan terus beritahu dan menceritakan segalanya di lama sosial seperti Facebook dan Twitter.”

“Ini kerana kadang-kadang disebabkan kelalaian kita di situ, perkara yang kecil menjadi besar dan apa yang orang tidak tahu akan cepat mereka membuat andaian.”


Pementasan teater Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 lalu mencetuskan tanda tanya di kalangan pihak media dan khalayak penonton. Apakah statusnya kerana setakat ini tiada sebarang promosi dilakukan pihak penganjur terhadap teater tersebut.

Malah, tunggak utamanya iaitu , Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah pula telah mengumumkan untuk menarik diri daripada terlibat dalam pementasan tersebut.

Erra Fazira nyata ralat serta turut menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

"Ya memang benar saya telah menarik diri daripada menjayakan teater Tun Siti Hasmah dan saya telah berbincang dengan produksi mengenai hal ini dan mereka maklum dengan situasi dan keadaan saya.

Walaupun di hati saya terasa begitu ralat kerana tidak dapat membawakan watak salah seorang daripada idola yang saya sangat kagumi namun saya akur dengan situasi yang menuntut saya untuk menarik diri.

"Perkara ini disebabkan jadual saya yang telah disusun pada awalnya untuk memberi ruang kepada sesi latihan dan pementasan yang sepatutnya berakhir sehingga 10 September. Namun sehingga akhir ramadan tiada sebarang perkembangan mengenai latihan dan skrip untuk teater tersebut.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive