Sehinggakan asrama anak-anak yatim di Sepang pun dijual kepada kroni, tanah untuk pembangunan pendidikan diserahkan kepada syarikat kroni, tanah yang telah diusahakan oleh penduduk dan berstatus TOL dirampas bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan pasir, bangunan-bangunan serta aset Yayasan Selangor, PKNS serta beberapa entiti negeri pula dijadikan seperti harta pusaka peninggalan Tok moyang Khalid Ibrahim dan Teresa Kok dengan sesuka hati mereka dilupuskan.
Trend rompakan yang dilakukan oleh puak-puak PKR sehingga menyebabkan kepimpinan PAS yang dahulunya zuhud turut meninggalkan Bukit Uhud untuk merampas ghanimah, dilihat menjadi punca sebenar mengapa Anwar Ibrahim yang banyak menggunakan wang perbendaharaan negeri Selangor bagi kepentingan politiknya di luar negara, membuat pengumuman, Selangor akan mengadakan pilihanraya yang berasingan.
Tentu sekali ada transaksi yang dilakukan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh yang terdekat ini. Apakah transaksi yang tersangkut itu melibatkan dua buah bangunan Yayasan Selangor yang terletak di Bukit Bintang? Atau adakah transaksi tanah dan tapak asrama di Kampung Pandan milik Yayasan Selangor gagal untuk diserahkan kepada pembeli yang telah dihalalkan? Atau ada perkara lain yang cuba dihalalkan oleh PKR di Selangor yang menakutkan mereka lantas Anwar mengambil keputusan untuk tidak mengadakan pilihanraya umum secara serentak?
No comments:
Post a Comment