Sunday, September 23

DAP Dan MELAYU.


Orang Melayu seharusnya sudah sedar & tidak terpedaya dengan DAP yg sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu2 sensitif berkaitan Islam yg terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, baru2 ini. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.

Perbuatan Koo Ham yg tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan, malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam. DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga yang buat kecoh dengan undang2 pemakaian songkok dalam sidang DUN. Jelas sekali Dap tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka.




Rakyat seharusnua juga sudah sedar akan sikap pilih kasih yg ditonjolkan oleh DAP yg mempersoalkan umat Islam membuang masa dan tenaga dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut. Perhimpunan Bersih yg memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yg lebih bersih, itu tidak pula membuang masa buat mereka. Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membuang masa? Sungguh biadab sekali bangsa ini.

Sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi dap seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yg sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham, menjelaskan lagi sikap mereka ini. Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini dalam isu2 lain? Mengapa diam kini? Apakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?

Kita ingin memberi amaran kepada Dap, jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikkan semua perkara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila2 sahaja. Semoga rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.

DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yg kononnya turut berjuang untuk orang Melayu. Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan bangsa mereka sendiri.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive