Thursday, September 6

PM Sedia Maafkan Ayah "Pelaku Tonggeng". @NajibRazak




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan untuk menerima permohonan maaf daripada A. Rahman Abdullah, ayah kepada bekas pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman yang terbabit dalam insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas.

Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa.

Kebanyakkan media melaporkan permohonan maaf ayah kepada remaja itu yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam itu.

Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.

Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.

MKP Ayat Sempoi : Kesian mamat nie tak dibela langsung oleh Pakatan sebaliknya Amoi yg ditahan dibawa oleh Peguam DAP ke Balai Polis.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive