Sunday, September 9

KELAB PUTERA BELUM KE MYANMAR KENAPA EK?


Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Myanmar terjawab semalam dan ianya hanya menunggu surat kelulusan sahaja.Untuk Makluman misi yang telah diwar-warkan sebelum ini telah mengalami kesulitan yang tidak dapat dielakkan dengan syarat-syarat yang ketat yang telah ditetapkan oleh Negara Myanmar,Namum begitu hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Myanmar akan diperkukuhkan lagi dengan misi bantuan ini.


Presiden KP1M, Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim, berkata setakat ini, persiapan yang dijalankan berjalan lancar hasil sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak di negara ini dan kini hanya menanti surat kelulusan daripada kerajaan yang dijangka minggu hadapan (Isnin) selepas pulangnya PM dari APEC .


Mengikut perancangan awal, misi bantuan itu akan mengambil masa 11 hari dan kesemua sukarelawan termasuk doktor pakar dan media akan menaiki KD Sri Indera Sakti untuk bertolak ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar

Bekalan barangan makanan dan perubatan setakat telah berjumlah 480 tan untuk diagih-agihkan kepada pelarian etnik Rohingya di beberapa kem pelarian yang telah dikenalpasti oleh Kelab Putera 1Malaysia. Sejak enam bulan lalu, etnik Rohingya yang beragama Islam menghadapi pelbagai masalah termasuklah ditindas dan terbaru, diancam kebuluran.

MKP Nampak rakyat Malaysia lebih prihatin dengan sumbangan yang telah diberikan Kempen Kemanusiaan ini dengan menyumbang barangan menerusi pembelian pek makanan di Pasar Raya Mydin dan Giant di seluruh negara untuk disalurkan kepada masyarakat Islam Rohingya, Myanmar.Kesemua sumbangan yang akan dibawa itu membabitkan perbelanjaan RM9.67 juta dan ia adalah hasil sumbangan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam tempoh hanya lapan hari.

MKP doakan kepada semua sukarelawan misi kemanusiaan KP1M diketuai Datuk Azeez ini selamat dan berjalan dengan sempurna .

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive