Friday, September 28

BN BELI UNDI MELALUI BELANJAWAN #bajet2013

Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan umpama ludah kelangit jatuh ke muka sendiri.Lidah bercabangnya kini terserlah cakap tak serupa bikin....Bajet 2013 yang telah diumumkan oleh DS Najib petang tadi ditemplak oleh Guan Eng dengan mengatakan pemberian BRIM 2.0 kepada rakyat adalah Gula-gula piliharaya untuk membeli undi.




Guan Eng pastinya resah dengan BR1M kali kedua pada kali ini kerana impak BR1M kepada rakyat Pulau Pinang agak besar....Almaklum Guan Eng hanya mampu memberi sebanyak rm100 sahaja itu pun sekali didalam seumur hidup dan paksa rakyat untuk menyertai DAP....ini janji yang memerangkap rakyat Pulau Pinang.

Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan Perdana Menteri, DS Najib Razak adalah salah satu cabang dalam meningkatkan pendapatan negara. Sekiranya program tersebut dilakukan secara terus di peringkat komuniti, impak dan manfaat yang dinikmati golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan lebih menyerlah.

Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.


MKP Ayat Sempoi : Kroni tentang projek kt Teluk Bahang 120juta bila nak jawab wahai tokong...



2 comments:

Anonymous said...

Dia dah lah tak da kena mengena dengan budget lepas tu keluarkan pulak budget syok sendri nak membeli undi rakyat.

Bila kerajaan buat jadi salah pulak. Itulah hak kerajaan yang memerintah untuk menentukan kesinambungannya. Kalau baik apa salahnya pulak. Apa di janji di kota.

Bukan janji lama entah kemana buat pula janji baru.

Anonymous said...

tak kira apalah nak kata, beli undi ker, apake, janji bnyk kemudahan yg diberi...kami x rela nk memperjudikan nasib kami untuk memberi undi kepada yang tidak pasti...maboklah kamu pr...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive