Saturday, September 22

PARTI CAP AYAM?




Kempen Pilihanraya kampus telah bermula beb.Yang menarik perhatian MKP ialah satu parti yang dinamakan Parti Cap Ayam. Pilihanraya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah pun bermula semalam dengan penamaan calon di Kompleks Cahaya USM.

Penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari itu berlangsung dalam keadaan lancar.Antara yang menarik perhatian kali ini ialah penyertaan parti Cap Ayam yang mana memecah tembok tradisi penglibatan Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa.

Calon kerusi umum parti Cap Ayam, Kew Si Cheng berkata, kewujudan kumpulan Aspirasi dan Pro-Mahasiswa sejak beberapa pilihan raya lepas membuktikan pentadbiran universiti menghargai perbezaan pendapat politik secara demokratik dalam kalangan mahasiswa kampus.

Parti Cap Ayam yang mahu dikenali sebagai “Kualiti Bukan Sekadar Nama” mahu turut memeriahkan demokrasi kampus.

“Mengapa kami menggunakan Cap Ayam ataupun logo ayam? Jawapannya mudah kerana kami percaya kualiti bukanlah sekadar nama, tidak perlu gah.

MKP difahamkan bahawa Calon Parti Cap Ayam nie dahulunya menyokong Pro M.Kini mungkin telah sedar bahawa telah dipergunakan untuk tujuan tertentu.

Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive