Tuesday, September 4

Alahai PAS dulu Sokong Syaitan Kini Kafir Pulak?


Omongan kosong oleh pemimpin PAS menyatakan PAS memperjuangan Islam boleh diibaratkan menanam tebu dibibir mulut,Manisnya bila berbicara akan tetapi relaitinya hampir pahit seperti hempedu boleh membuatkan termuntah hijau dibuatnya.MKP tidak menafikan ramai dikalangan Orang PAS adalah yang bijak pandai didalam pengajian mereka terhadap Islam akan tetapi apalah gunanya jika hanya dipergunakan serta diperkotak-katikkan oleh DAP sanggup bersengkongkol demi menjatuhkan sesama Islam.

Pelik dan tapi benar itulah kenyataan bahawa PAS hanyalah parti Politik yang mementingkan perjuanganya demi segelintir pemimpinnya yang gilakan kuasa untuk menakluk Putrajaya...Bukanya untuk menegakkan Islam seperti yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu.Bertolak titik dari itu ramai dikalangan cerdik pandai didalam PAS telah meninggalkan parti kerana telah lari dari perjuangan asal mereka.

PAS jelas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat.


Menurut bekas pemimpin PAS, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, beliau menyifatkan hasrat Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak bercanggah dengan "fatwa" yang pernah dikeluarkan Presiden PAS itu sendiri.

"Kalau dahulu (katakan) tidak boleh melantik, tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa PAS, (yang merupakan) fatwa Haji Hadi juga. (Dia kata) jadi kafir bila tidak mengkafirkan orang kafir.

"Nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh, sekarang ni dia bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, tapi juga dia letak calon dia, orang bukan Islam. PAS bukan lagi sebuah parti Islam," kata beliau ketika dihubungi.

Mengulas lanjut beliau berkata, PAS dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam.

"Mereka anggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang mereka perjuangkan? Bukan perjuangan Islam. Mereka berjuang untuk dapat kuasa sahaja.

"PAS tidak perjuangkan Islam. Nama saja parti Islam, tapi tidak pertahan Islam, tidak pertahan hak-hak orang Islam, dan dia telah menyeleweng jauh dari perjuangan PAS yang asal," tambah beliau.

Hadi dalam temubual eksklusif bersama Antarapos mendakwa PAS sebelum ini gagal menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah.

Malah keputusan PAS untuk bertanding di 80 kerusi seperti yang dinyatakan Hadi sebelum ini dengan harapan parti itu mampu melebarkan jajahan di negeri Borneo.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive