exponegaraku

Tuesday, September 11

KELAB PUTERA TELAH DIBERI KEBENARAN UNTUK MISI KE-27


Alhamdulilah kebenaran untuk berlepas telah pun diterima oleh pihak Kerajaan Myanmar,Ternyata apa yang telah diperkatakan oleh Presiden KP1M  Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah dikotakan. MKP harap niat yang murni untuk membantu etnik Rohingya yang menderita tercapai.Niat yang ikhlas akan mendapat berkat serta keredaan dari Allah.


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menyambut baik keputusan Kerajaan Myanmar membenarkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menghulur bantuan kepada penduduk Rakhine yang terjejas ekoran konflik Jun lalu. 
Keputusan itu berikutan permohonan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada rakan sejawatannya dari Myanmar Wunna Maung Lwin sewaktu menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-16 di Tehran Ogos lepas. 
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Kerajaan Myanmar turut menyatakan penghargaan atas semangat setia kawan dan sokongan berterusan ditunjukkan kerajaan Malaysia serta keprihatinan rakyat negara ini. 
Berikutan itu Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, akan bekerjasama dengan Kerajaan Myanmar dalam menyalurkan bantuan sebaik sahaja butiran lengkap mengenai penghantaran bantuan diterima daripada Kelab Putera 1Malaysia. 
Semalam Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Kapal KD Sri Indera Sakti yang membawa 480 tan barangan Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya sepatutnya bertolak 1 September lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat kebenaran daripada kerajaan Myanmar. - Bernama

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive