Saturday, September 8

TAMRIN HANYA MENCARI TONGKAT SAKTI MASUK PAS?


Tamrin Ghafar merupakan antara individu yang terdesak dan sedang mengharapkan tongkat sakti untuk kembali berada di puncak kuasa atau kekayaan. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba itu, merupakan seorang oportunis dan sewaktu berada dalam UMNO, 

Terlalu banyak onar yang dilakukannya, termasuklah perselingkuhannya dengan beberapa orang artis wanita jelita.Salah seorang artis wanita jelita itu telah dihadiahkan apartment bernilai RM5 juta selain ditaburi wang ringgit.

Namun selepas dia tidak mampu lagi menjadikan UMNO sebagai jambatan atau kad untuk mendapatkan kemewahan, Tamrin mula berjinak-jinak dengan PAS terutama apabila dia cuba menggunakan pengaruh bapanya dalam perolehan tender pembalakan di Kelantan. PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa yang melihat peluang terbuka luas, telah menjadi orang yang paling kuat menyokong kemasukan Tamrin ke dalam PAS, sekaligus memperkenalkan Tamrin sebagai tukang cakap baru untuk parti berkenaan.


Sebenarnya, sebelum masuk PAS, Tamrin terlebih dahulu mengikut dan menyertai Pergerakan Al-Arqam kerana beranggapan dengan masuk Al-Arqam dia akan memperolehi shafaat Abuya walaupun akhirnya yang dia dapat adalah seorang lagi artis wanita iaitu Sahara Yaacob.

Apabila Al-Arqam diharamkan kerana penyelewengan akidah, Tamrin tercari-cari lagi dahan yang boleh dipautnya. Sewaktu menjadi Pengerusi MARA, kerja Tamrin adalah memperniagakan keahlian kelab golf selain menyebat banyak projek MARA untuk dirinya sendiri. Apabila dia kehilangan jawatan tersebut, Tamrin tercari-cari kaedah terbaik untuk mengekalkan kekayaan dan kemewahannya.

Alasan Tamrin masuk PAS ialah dia mencari keredhaan Allah Taala. Dan yang paling menarik sekali ialah apabila Tamrin menyatakan, dia takut disoal oleh malaikat mengapa masih menyokong UMNO sedangkan UMNO adalah kerajaan yang menyeleweng.

Apakah maksud kata-kata Tamrin itu ialah, Allahyarham bapanya sedang disoal oleh malaikat dan tidak mempunyai peluang langsung untuk masuk syurga kerana sehingga mati pun, Tun Ghafar masih kekal menyokong UMNO meskipun jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri telah dirampas oleh Anwar Ibrahim dengan kaedah yang paling menjijikkan iaitu RASUAH WANG?

Anak jenis apakah Tamrin Ghafar yang hanya bercakap menggunakan otak bengong sedangkan ramai orang sangat maklum dengan perangainya dahulu. Tamrin kata, dia masuk PAS bukan sebab nak cari makan? Siapa yang hendak ditipu dan diperdayakan oleh Tamrin?

Kalau benarlah seperti kata-katanya, Tamrin sepatutnya jangan ambil sesen pun daripada projek pembalakan di Kelantan. Malah dia tidak perlu terhegeh-hegeh mencari projek untuk dirinya!!!

Kesian Allahyarham Tun Ghafar yang mempunyai anak sebodoh Tamrin. 

VIA EMAIL BY don juan pablo

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive