Monday, September 24

#Pro-Menipu Fitnah PM Dengan Surat UMNO Palsu #PRKampus


Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuat fitnah dengan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu perbuatan terdesak kumpulan tertentu bagi meraih sokongan pada pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Mereka yang melakukan perbuatan itu bukan sahaja terdesak malah sudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang sering membuat fitnah dengan menggunakan nama pemimpin negara demi kepentingan politik mereka.Memang tidak diduga ada penuntut UIA yang sanggup melakukan perbuatan sehingga begitu sekali untuk dapatkan sokongan, penuntut terbabit nampaknya semakin berani sehingga sanggup memalsukan kepala surat UMNO dan tanda tangan Perdana Menteri untuk berkempen.


Apa yang berlaku itu menunjukkan budaya fitnah memfitnah sudah menular sehingga ke tahap sebegitu di pusat pengajian tinggi dan jika tidak dibendung segera mungkin ada yang pula yang sanggup melakukan lebih daripada itu untuk kepentingan peribadi.


Dakwaan mereka berdasarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIA, Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri bagi memastikan kemenangan kumpulan mahasiswa pro kerajaan pada pilihan raya kampus di UIA.

Apa yang berlaku itu berkemungkinan didalangi oleh pihak-pihak termasuk pembangkang yang kini semakin giat untuk menawan sokongan golongan muda untuk menyokong mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Sesuatu yang janggal untuk Perdana Menteri terbabit dalam urusan di kampus, apa lagi apabila menggunakan kepala surat UMNO untuk suatu jawatan penting di pusat pengajian tinggi, urusan itu biasanya dilakukan oleh Kementerian Tinggi.

Taktik memburukkan nama Perdana Menteri kini sudah menular sehingga ke pusat pengajian tinggi, mereka yang terbabit dalam pemilihan di universiti tidak seharusnya membabitkan orang luar hanya untuk kepentingan mereka, mereka seharusnya tidak lari dengan tujuan untuk ke universiti iaitu menuntut ilmu bukannya berpolitik

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive