Selangor adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di Malaysia,Bayangkan jika rumah kita tiada bekalan air nescaya akan timbul rasa marah terhadap pihak yang menguruskanya. Itulah yang berlaku kepada 711 penguna air di Selangor. Seramai 711 pengguna air di negeri Selangor hari ini menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kesemua pengguna terbabit menuntut tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma kerajaan negeri di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), empat tahun lalu.Ini baru Janji dijadikan Capati oleh Khaid Gagap.
Peguam yang mewakili kesemua plaintif, Kamarudin Ahmad berkata manifesto PRU12 Pakatan itu amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di Selangor.
Selain itu, beliau berkata, asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumukan pada 2007.
Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor tidak kira sama ada pengguna air tersebut menggunkana meter individu atau meter pukal.
Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007.Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 atau bersamaan dengan RM570 seorang dan writ saman tersebut akan diserahkan kepada defendan dalam tempoh tujuh hari.
Writ saman dan penyata tuntutan juga akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.
Turut hadir Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali bin Baharom.
Sementara itu, bagi penduduk pangsapuri PKNS di Seksyen 7, Sahari Basri, berkata beliau kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji.
Kami nak menuntut janji-janji kerajaan negeri. Sampai sekarang tidak dapat lagi air percuma. Kami bukan orang senang. Kami mahu janji ditepati.
Ada yang dapat, ada yang tidak dapat. Kami yang susah ini tidak dapat. Ini lah masalahnya," kata bapa enam anak ini.
John Dawson, pula berkata walaupun jumlah subsidi yang sepatutnya diterima itu dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun ia amat bermakna kepada golongan kurang berkemampuan.
Beliau yang juga Pengerusi Pangsapuri Vista Lavender, berkata penduduk berasa amat kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak menepati janji dalam manifesto PRU12.
"Masalahnya dari 2008 sehingga sekarang, mereka berjanji tapi tidak tepati. Jika dikira setiap bulan didarabkan dengan RM11.40, memang sedikit saja jumlahnya tetapi penduduk di tempat saya bukan dikalangan orang berada," katanya.
No comments:
Post a Comment