Friday, September 7

Harimau Yang Sedang Tidur Jangan Dikejutkan ...


Ada gerakan cuba cipta tahap kedua kemerdekaan. Itulah penelitian dari Bekas KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yg mendakwa terdapat banyak petanda politik yg seolah-olah menunjukkan ada gerakan yg cuba mencipta tahap kedua kemerdekaan negara. Abdul Rahim berkata, gerakan halus tersebut yg bermula beberapa tahun lalu berkemungkinan didalangi pihak yg tidak sehaluan dengan kerajaan.

Golongan itu mahukan lonjakan baru kerana pada mereka kemerdekaan yg dicapai pada 31 Ogos 1957 hanyalah tahap kemerdekaan pertama iaitu kejayaan menghalau penjajah. Dalam erti kata lain, jika mereka mencapai kuasa, mereka akan mencipta kemerdekaan selanjutnya dengan menghapuskan Perlembagaan negara dan mewujudkan Perlembagaan baru seolah2 sistem republik. Malah ada pemimpin tertentu selain menghasut rakyat di negara ini turut ke luar negara yg biasa dengan revolusi berdarah dan menyebarkan kononnya revolusi telah bermula di Malaysia.




Disini kami bekas anggota2 & pegawai2 VAT 69 ingin berpesan kepada golongan pengkhianat negara ini ... Sabar kami ada hadnya, jangan cuba-cuba mengejutkan harimau yg sedang tidur. Bagi kami bangsa Melayu, orang yg biadap perlu diajar. Ini penting bagi memastikan sikap kurang ajar itu tidak berterusan, yg memungkinkan pihak terbabit melakukan pelbagai onar lagi. Kepada mereka2 yg kurang ajar ini kami nak bagi tau, sikap berdiam kami jangan dipandang enteng. Jangan cuba2 nak bermain api. Kami masih memberi ruang dan peluang kepada kalian untuk kembali kepangkal jalan
Kami juga nak berpesan, jangan cabar bangsa Melayu ... Jangan cuba-cuba untuk menghina Institusi Raja-raja, Jangan Jatuhkan Maruah Pemimpin Melayu & Jangan pandai2 nak menukar bendera negara yg kami junjung selama ini. Jangan sewenang2nya mengeluarkan kenyataan yg bercanggah dengan semangat hidup bermasyarakat rakyat negara ini & jangan cuba nak memecahbelahkan masyarakat & keharmonian negara. 
Kalian sepatutnya merasa malu ... jangan cuba2 mahu menjadi hero rakyat tetapi mungkin tersalah pilih bidang & tak kena caranya. Kami nak tanya, pernahkan kalian mencurahkan jasa bakti kepada negara? Berapa banyak peluh kalian yg menitik untuk nusa & bangsa? Jangan sia2kan perjuangan kami ... Jangan keterlaluan diusiknya Ketuanan Melayu dan Institu Raja-raja, kerana ketelanjurannya itu boleh mendatangkan kemarahan kepada kami bangsa Melayu. Sikap orang Melayu yg penuh sopan dan beradab jangan dicabar. Sekali lagi kami ingatkan .... Harimau Yg Sedang Tidur Jangan Dikejutkan ..

3 comments:

mazri said...

As salam saudara....mohon kebenaran share dalam FB saya...TQ...

Anonymous said...

YA..... PERWIRAKU TELAH BANGKIT!!!!

DOA KAMI MENGIRINGI PERWIRA2 KU SEMUA!!



serikandi negara

matkilaupenang said...

saudara mazri silakan

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive