Tuesday, September 4

Tidak Patriotik Dan Membazir @ZambryAbdKadir


Kerajaan Perak di bawah DS Dr Zambry dituduh membazirkan wang rakyat kerana membeli kereta baru dari jenis Teana , ada yang menyatakan Nisan Fuga.

Tuduhan Pas berbeza-beza, ada kata Fuga yang berharga RM 350 ribu sebuah dan ada yang kata Nissan Teana berharga RM170 ribu sebuah. [ yang mana satu nak pakai]

Bagaimanapun Pas melalui laman web Perakite telah mengedarkan risalah memburuk-burukkan Dr Zambry kerana membeli kereta baru.

Untuk maklumat Perakite, zaman Nizar menjadi MB dahulu, kereta Proton Perdana masih dalam pasaran, dan kini pengeluaran Perdana dihentikan sementera dan akan digantikan dengan kereta Nissan Fuga. Jadi kalau MB beli Nissan Fuga atau Teana ia akan menjadi mudah dalam penyelenggaraannya kerana ia akan sama dengan model Perdana.


Berbalik kepada kenapa dilelong 16 buah kenderaan yang dibeli oleh Nizar dahulu, ianya kerana sebelum 16 buah kereta dihantar balik kepada SUK, kesemua kenderaan tersebut telah dibuat sesuatu ke atasnya.

Oleh itu daripada menanggung biawak hidup lebih baik kereta itu dilelong, difahamkan pihak yang membeli kereta tersebut juga mengalami kerugian kerana orang ramai tidak sanggup membelinya kereta mereka tahu kenderaan tersebut telah di sabotaj dan di khianati oleh puak-puak munafik. Mereka hanya menunggu saat untuk bertepuk tangan sekiranya apa-apa berlaku kepada pengguna baru.

Nizar juga patut dipertikai kerana membeli 16 buah Camry baru sedangkan kereta lama semuanya masih baik lagi dan masih elok...Justeru jangan lah nampak salah orang sahaja dan salah sendiri cuba disorokkan.


MB Kedah beli Merc S350 berharga RM 800 ribu tak membazir ker?

Nik Aziz pun sama pakai Mercedes S Class 350...tak nak komen ker?

Anwar belanja beribu sehari untuk bas mewah yang berharga RM 1.5 juta.


Ustaz Azhar Idrus tidak patriotik kerana membeli Ferrari F460 berharga RM 2 juta.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive