Dengar khabar PRK Kampus akan berlangsung tidak sampai seminggu dari sekarang. Persiapan jentera kampus sudah rancak walhal itu hanya Pilihan Raya Kampus bukannya Pilihanraya Umum.
Baik mahasiswa aspirasi yang mendukong aspirasi universiti yang kononya agen universiti dan juga pro mahasiswa (pro M) yang kononya juga membawa suara sepenuhnya mahasiswa (bangkang sahaja kerjanya) namun yang menjadi ukuran sejauh mana calon antara kumpulan ini memenuhi kehendak mahasiswa yang mereka wakilinya.
Namum apa yang kita sendiri saksikan, pemimpin politik (pembangkang) mula menggunakan sedikit kebebasan mahasiswa ini untuk mempengaruhi segelintir mahasiswa yang kurang kasih sayang untuk tujuan politik mereka.
Kini cuba lihat mahasiswa yang kononya pro mahasiswa sudah membawa wabak dengan meniru gaya parti politik pembangkang dengan melakukan reformasi jalanan sehinggakan mahasiswa sinonim dengan jolokkan orang bijak dan pandai mula dikuasai sikap biadap, penghianat dan perbuatan diluar tabii sebagai seorang mahasiswa.
Kepada mahasiswa yang akan turut mengundi untuk memilih calon fakulti atau calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) , silalah lihat apakah yang dibawa oleh calon yang di calonkan itu benar-benar membantu untuk mematangkan politik kampus. Usahlah kita tersilap memilih mereka yang membawa suara reformasi sebabnya tiada yang baik dengan reformasi ala-ala pemimpin pembangkang ini. Sudah pasti pilihlah yang boleh membawa suara transformasi untuk kebaikan mahasiswa semuanya.
No comments:
Post a Comment