Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.
DAP hanya menunjukkan sokongan kepada PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana mahukan kuasa yang lebih besar setelah berjaya menawan Pulau Pinang.
Agenda pertama DAP jika mereka berkuasa di Malaysia ialah untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi pelindung dan tunggak kedaulatan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.
Seterusnya DAP mahu memansuhkan apa jua institusi yang ada kaitan dan kepentingan Melayu dalam senua bidang seperti MARA, UiTM, MRSM, PNS, PUNB, Tekun dan sebagainya.
Anwar akan membenarkan perkara ini berlaku kerana inilah syarat utama sokongan DAP kepadanya.
Yang penting bagi Anwar ialah memastikan agenda Zionis-Yahudi dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia tanpa memperdulikan hidup mati bangsa Melayu.
Kerajaan dan pihak polis menunjukkan sikap cukup berlembut kepada peserta Bersih sehinggalah mereka sendiri bertindak di luar batas undang-undang.
Anwar, Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain wajib dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas rusuhan yang berlaku.
Kini Ambiga tidak menolak kemungkinan terus mengadakan perhimpunan haram selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Bak kata peribahasa Melayu, pembangkang sudah 'banyak lemak' dan kini sudah tiba masa untuk bertindak tegas terhadap mereka sebelum negara terjerumus dalam kancah kehancuran.
No comments:
Post a Comment