Thursday, September 6

BAPA PELAKU AKSI TONGGENG MINTA MAAF


Bapa mana tidak sayu dengan perbuatan anaknya hingga mencemar nama baik keluarga,Bagi sorang bapa yang bertanggunggjawab mungkin telah menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang memberi tunjuk ajar kepada anaknya.Bagi mkp tindakkan bapanya ada kewarasannya.

Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu. 
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi. 


Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya itu dan masih terkejut dengan apa yang berlaku. 
"Hati saya seperti mahu luruh apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak saya itu. Setahu saya, Muhammad Ammar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik. 
"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
MKP Ayat Sempoi : Bapak mana tak sayangkan anak,Terlajak perbuatan sendiri mau ingat. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive