Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.
Mtoday News Sdn Bhd yang mengendalikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.
"Kami memohon maaf di atas penerbitan tersebut kerana dakwaan itu tidak mempunyai asas saintifik.
“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Pengerusi Lynas Nick Curtis berkata beliau gembira dengan permohonan maaf oleh FMT itu.
Katanya, Lynas sentiasa menyatakan bahawa kilangnya di Kawasan Perindustrian Gebeng, berdekatan Kuantan, adalah selamat kepada komuniti di sekitar tempat operasinya, dan menyokong pandangan ini dengan fakta sains.
"Kilang itu diuji sepenuhnya ketika pemeriksaan yang terperinci dan cekap oleh pengawal selia berkaitan," katanya yang dipetik Bernama.MKP Ayat Sempoi : Fauziah nie umpama meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri?
1 comment:
Where would the location of the face when what has been diperjuangankan kantoi jalan.Inilah attitude amid ...
Post a Comment