Macam-macam... petang Isnin di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kecoh seketika selepas seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Kejadia amuk tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Utusan melaporkan Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.-9/7/2012 Agenda daily
MKP Ayat Sempoi ; Penyokong PAS kot dia NIE
No comments:
Post a Comment