Showing posts with label balik pulau. Show all posts
Showing posts with label balik pulau. Show all posts

Tuesday, January 29

GEMPAR : ORANG KUAT PKR BALIK PULAU BERPATAH ARANG DENGAN ANWAR..........


Semalam telah terjadi satu peristiwa yang bakal menghayat hati buat PKR Balik Pulau, Orang yang pernah kecewa dan kini telah insaf akan sifat bermuka-muka PKR terutama YB Balik Pulau dari PKR.

Pada 27/01/2013 Tempat Pejabat ADUN teluk Bahang Jam 09.00pm. YB Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya Ketua UMNO Bahgian Balik Pulau, YB Tuan Hj Muhamad Farid Hj Saad Naib Ketua UMNO Bahgian Balik Pulau, Puan Hj Raftah Hj Itam ahmad Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Balik Pulau serta rakan rakan meraikankan sahabat setia En Halim Hamid yang telah kembali kepangkuan UMNO.

Alhamdulillah dalam suasan hening dan sayu kami semua menerima Beliau untuk sertai semula UMNO setelah beliau keluar dari PKR. Insya allah kita amat yakin Perjuangan Beliau tidak berubah( serta yang masih dalam PKR akan turut bersama mengikuti jejak ) walaupun menyertai PKR untuk seketika.Insya allah kami semua doakan agar En Halim diberkati Allah SWT setelah kembali kepangkuan UMNO.

Kalau korang nak tengok gambar selanjutnya KLIK 

Thursday, July 26

DAP Putar Belit Isu Tanah Penduduk Pulau Pinang?


Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLU) menyokong tindakan penduduk Kampung Genting, Balik Pulau mempertahan tanah milik mereka daripada diambil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Genting, Shahril Ahmad berkata, surat yang ditulis Presiden AWLU, Barbara Hou itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.

Shahril berkata, surat bertarikh 11 Julai itu menyatakan bahawa AWLU menolak pengambilan tanah tersebut atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk beserta geran.

Menurutnya, AWLU enggan berdepan dengan sebarang masalah pada masa hadapan namun berasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah mengenepikan kepentingan penduduk negeri itu

“AWLU hendakkan tanah yang kosong daripada kerajaan negeri bukan tanah yang ada penduduk," katanya

Shahril berkata, rentetan daripada surat penolakan itu, pertemuan telah diadakan pada 22 Julai lalu dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain.

Guan Eng turut memberitahu penubuhan AWLU di Kampung Genting akan diubah di Pondok Upeh.

Terdahulu kerajaan negeri bercadang untuk membuat pengambilan tanah seluas 100 ekar di kawasan kampung Genting untuk dibangunkan IPTS.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tindakan Guan Eng yang cuba menjadi hero dalam isu ini amat memalukan kerana dia bukanlah hero sebenar kepada penduduk Kampung Genting sebaliknya hanya memutar belitkan fakta apabila AWLU tidak bersetuju untuk membina universiti di kawasan tersebut.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive