RAPID

Thursday, June 21

PKR 1 : MANSOR OTHMAN PEMILIKNYA RM99,555.00?


PKR Pulau Pinang tak meroyan ke dengan no Pendaftaran PKR 1,Jika dulu www1 telah menimbulkan polimik kerana ianya dimiliki oleh Sultan Johor yang telah dipolitikkan oleh Nizar Derhaka.Dalam laporan Mstar seorang ahli perniagaan telah berjaya nomber pendaftaran tersebut dan mesti lepas nie akan diserahkan kepada Anwar AlJuburi.......Maklumat MKP perlukan untuk mencari ahli perniagaan tersebut jika pembaca ada maklumat sila email MKP webmasterMKP@gmail.com...
Seorang ahli perniagaan Pulau Pinang telah memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan "PKR 1" dengan tawaran bidaan berjumlah RM99,555. 
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Hassan Yaacob berkata pemuda dalam usia lingkungan 40-an itu adalah antara lima orang pembida lain dengan mengemukakan bidaan paling rendah iaitu RM40,000. 
"Kami menerima 623 tawaran bidaan untuk siri pendaftaran PKR, yang mana 384 pemohon telah berjaya. Saya tidak pasti jika terdapat orang yang dikenali atau pemimpin PKR yang mengemukakan bidaan ini," katanya dalam temu bual di sini, Rabu. 
Bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman berkata beberapa pemimpin parti telah menyatakan minat untuk membida bagi siri PKR. 
Mansor berkata beliau telah mengemukakan tawaran untuk nombor yang sedap didengar bagi dirinya sendiri. 
Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan PKR bermula pada 21 Mei dan berakhir pada tengah hari, 4 Jun. 
Hassan berkata selain PKR 1, plat kenderaan lain dengan bilangan bidaan tertinggi adalah PKR 8, yang diambil dengan harga RM33,800. 
Jualan tinggi yang lain ialah PKR 3-RM50,000, PKR 5-RM28,000 dan PKR 2-RM23, 200. 
Pembida yang berjaya juga membayar antara RM12,000 dan RM38,380 untuk PKR 6, PKR 7, PKR 9 dan PKR 10. 
"Tidak seperti plat nombor WWW yang menerima 18,243 bidaan, tiada apa-apa yang luar biasa mengenai siri PKR," kata Hassan. 
"Ia adalah perkara biasa apabila kita menerima kira-kira 500 hingga 600 bidaan daripada 9,999 nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan kepada setiap siri. 
Hassan berkata senarai pembida yang berjaya untuk siri PKR akan dipamerkan di ibu pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, Khamis.Mstar

7 comments:

Money Miner said...
This comment has been removed by the author.
Money Miner said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

trace nombor-nombor ini sume, bro....tentu ada yang menggemparkan.

Anonymous said...

kalau betul tak ada pembesar yang gunakan plat PKR, kesimpulannya ialah akronim p.k.r. dah tak glamor lagi kot

Anonymous said...

macam mana kalau beli guna proksi? katakan pembida adalah si A sedangkan ongkus yg keluar dari poket pkr.

selepas beberapa bulan baru no berkenaan di pindah milik pada pembeli asal, yakni mungkin Kak One misalannya.

tentu menarikkan?

cifut said...

Agak2 sapa pakai PKR69?

Aloq Laloq said...

Salam tn blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive