Wednesday, June 6

MANA VIDEO BERSIH YANG TELAH DIJANJIKAN?



Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang telah diserahkan kepada mereka sebelum ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.

Justeru, katanya KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KDN akan memuat naik rakaman video perhimpunan tersebut dalam laman web kementerian itu hari ini untuk dilihat dan dinilai sendiri oleh orang ramai.

Katanya langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.

Pada 9 Mei lalu kerajaan mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan butir terperinci mengenai rusuhan pada perhimpunan tersebut.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive