Saturday, June 16

BARANG SAPA YANG NAIK, ANWAR KE?




Pembangkang kini semakin terdesak dalam usaha meraih sokongan dan undi rakyat di sini apabila menggunakan strategi kotor menambur fitnah.

"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" anjuran PAS Johor yang dijadualkan hari ini mendapati risalah diedarkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara yang terkandung dalam risalah itu merupakan kata-kata fitnah dan tohmahan bertujuan meraih undi rakyat Johor menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Risalah yang berukuran saiz kertas A3 dan A4 berwarna ditemui di sekitar pekan Parit Sulong dipercayai diedarkan oleh ahli dan penyokong pembangkang secara terbuka kepada orang ramai.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang penduduk tempatan yang enggan namanya disiarkan malam tadi.

Antara kandungan risalah mendakwa Johor Corporation (JCORP) adalah anak syarikat milik penuh Kerajaan Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Ia mendakwa JCorp bekerjasama dengan CVC (Citigroup Venture Capital) yang dimiliki oleh Yahudi untuk menubuhkan Massive Equity Sdn Bhd (MESB) bagi mengambil alih kesemua saham KFCH dan QSR pada kos RM5.2 bilion.

Selain itu, risalah tersebut turut memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor termasuk Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Risalah itu dikeluarkan oleh badan perhubungan PAS negeri Johor dan lajnah penerangan PAS negeri Johor.

PAS sejak akhir-akhir ini dikesan telah mula memobilisasikan jentera pilihan rayanya dalam usaha untuk menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti.

Namun angin perubahan yang cuba ditiup kepada rakyat negeri itu terbatas setelah AJK PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipalitkan dengan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersabit isu nombor plat kenderaan WWW1.

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Anonymous said...

Senjata paling tajam parti anjing setia ialah fitnah...

Mentang2 dah ada syurga sendiri la sekarang...

Semua org diibaratkan Goyyem...

Mangsa terbaru ialah sultan johor...

Harap rakyat johor bangkit dan kapankan parti anjing setia di johor...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive