Papan iklan yang memaparkan sentuhan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didirikan di Masjid Tinggi, Bagan Serai dicemburui oleh pihak tertentu sehingga ada yang bertindak membakar billboard tersebut.
Billboard itu dipasang sempena lawatan Perdana Menteri ke Daerah Kerian.Ia yang memaparkan gambar Dr Zambry memeluk seorang warga emas dengan slogan ‘Tiada Terpinggir, Tiada Tertinggal’ begitu terkesan sehingga menyebabkan kemarahan pihak-pihak tertentu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas ‘berterima kasih’ kepada pihak yang melakukan vandalisme itu kerana ia membuktikan pendekatan kerajaan dalam menyelami hati perasaan dan kehidupan berjaya menambat hati penduduk negeri Perak.
“Saya tidak mahu menuduh sesiapa..biar rakyat sendiri yang tengok tingkah laku mereka dan menilai sendiri kerana ini bukan pertama kali perkara ini berlaku.
Dan jelas perbuatan mereka menunjukkan apa yang kita lakukan selama ini memberi kesan kepada seluruh hidup rakyat,” katanya.
Menteri Besar berkata perbuatan itu juga jelas menggambarkan pihak tertentu semakin kehilangan arah dan modal sehingga sanggup menjadikan billboard sebagai tempat melepaskan geram.
Dalam kejadian malam tadi, billboard Menteri Besar yang memeluk seorang warga emas dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu berlaku sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan Menteri Besar ke kawasan itu dua hari lalu.
“ Siapa yang selama ini melaung-laungkan kebebasan dan hak..ini kah kebebasan dan hak mereka..
“ Saya tak mahu tuduh sapa-sapa..biar rakyat sendiri yang tengok tingkah laku mereka dan boleh menilai sendiri kerana ini bukan pertama kali perkara ini berlaku.
Walaubagaimanapun katanya, beliau haya akan menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
MKP kata:Pendekatan DS Zambry mendekati rakyat ada kelainan sehinggakan Pakatan Pembangkang di Perak ketandusan Idea sehinggakan bersikap seperti kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment