Monday, January 30

Peguam Anwar Patut Dikenakan Tindakan Menghina Mahkamah.


Peguam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur untuk mengeluarkan perintah tunjuk sebab mengapa peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak perlu dikenalan tindakan menghina mahkamah selepas mereka berjalan keluar ketika prosiding mahkamah masih berlangsung pada Isnin.
Peguam Jamil, Roslizam Rahim mendakwa kelakuan peguam-peguam Anwar dengan jelas menunjukkan bahawa mereka telah menghina mahkamah.
Sebelum itu, peguam Anwar bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada Jamil dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.
Peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.
Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.Agenda Daily.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive