Tuesday, January 24

Cerita Kayveas jumpa Anwar buat PPP naik angin...

Laporan akhbar mengenai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas telah mengadakan perbincangan sulit dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk parti itu menyertai pakatan pembangkang, adalah tidak tepat dan tidak benar.
Bernama melaporkan, Ketua Penerangan PPP Datuk A.Chandrakumanan berkata laporan tersebut adalah satu fitnah dan pembohongan yang sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat.
"Ini adalah taktik kotor untuk mengacau kita sebab mereka tengok parti kita lancar walaupun tiada sebarang jawatan dalam kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran PPP Wilayah Persekutuan.
Akhbar Makkal Osai pada Ahad melaporkan bahawa Kayveas telah mengadakan perbincangan sulit dengan Anwar untuk parti itu menyertai pakatan pembangkang.
Chandrakumanan yang juga Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan menjelaskan pertemuan yang dimaksudkan oleh akhbar berkenaan berlaku secara kebetulan (kedua-duanya terserempak) semasa transit di sebuah lapangan terbang enam tahun lepas.
Beliau berkata Makkal Osai mengaku telah melakukan kesilapan dalam menyiarkan laporan itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf.
Katanya PPP bercadang untuk membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut selain akan menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive