Saturday, January 14

Keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat – PM




Setiap kata dikota itulah Barisan Nasional selama ini tidak pernah mungkir janji yang telah diberikan kepada rakyat.Pada 15hb ini rakyat akan menikmati wang saku sebanyak 500ringgit kepada ketua keluarga diseluruh malaysia.Pakatan haram di kedah ,Pulau Pinang dan selangor masih lagi tidak melunaskan janji semasa pRu 12 yang lalu.pemimpin pakatan cuma pandai menabur janji kosong tidak seperti Barisan Nasional. Oleh kerana itu tidak mustahil rakyat kini kembali menyokong Barisan Nasional.
BUKIT GANTANG 14 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri semakin meningkat kerana perikatan itu mengotakan janji mengikut kemampuan. 
Perdana Menteri berkata, rakyat menyedari BN bukanlah kerajaan yang gemar bermain politik bersifat populis serta berjanji perkara yang tidak berpijak di bumi nyata. 
"Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan dan apa yang kita janji kita laksanakan sebagai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Jalan Simpang, di sini, semalam. 
Beliau berkata, janji-janji itu dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol. 
Selain itu, Najib juga membayangkan akan mengumumkan “durian runtuh” untuk masyarakat peneroka tidak lama lagi dan beberapa insentif lain untuk rakyat 
"Jumlahnya saya tidak akan beritahu lagi, sampai masa nanti saya akan umumkan. Biar suspens sikit,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive