Sunday, January 15

Kenapa PAS Pandang ke "Arab Spring".Mustahil Ianya berlaku Di Malaysia.


Akhir-akhir ini ramai pemimpin Melayu cuba bersifat Islamis, bercakap tentang Islamiah; sebahagian besarnya mereka politikus oportunis. Oleh kerana kepentingan siasah sedapat-dapatnya mereka mencuba menggambarkan diri sebagai tahu selok-belok Islamisme.

Inilah baiknya demokrasi, sebab undi yang dikejar yang dulu buta agama pun jadi celik. Kebangkitan PAS menjadikan mereka demikian. Seperti ditegaskan oleh Speaking mereka jadi, ‘cause celebrate – yakni menarik perhatian’. Bagai seorang pelajar pondok dari Pasir Mas atau seorang pengakap dari Pasir Tumbuh jadi cause celebrate politik berfahaman kiri atau sosialis!

Di Mesir sekarang, hasil revolusi Medan Tahrir dan Pilihan raya Parlimen, dua parti Islam muncul sebagai pemenang terbesar: Ikhwan al Muslimun (Muslim Brotherhood) sebuah parti Islam yang konservatif dan sebuah parti yang lebih puritanical lagi iaitu Parti Salafiyyah al Nour yakni sebuah parti yang tersangat ketat mengamalkan agama, sosial dan akhlak. Pengikutnya cenderung menganggap hiburan sebagai dosa. Mereka puritans. Apa pun kedua-dua parti itu disokong oleh majoriti rakyat Mesir. Kedua-dua parti terkejut dan gembira dengan keputusan pilihan raya itu – 60 peratus dari kerusi parlimen dimenangi oleh mereka. Kenapa begitu?

Sebabnya senang sahaja. Rakyat Mesir terlalu bosan dengan pemerintahan diktatorship tentera semenjak Mesir menjadi republik 60 tahun lalu. Tentera masih berkuasa walaupun agak longgar sedikit - membenarkan pilihan raya diadakan. Kuasa mutlak masih di tangan mereka bukan di parlimen. Apa pun sedikit kemajuan ke arah demokrasi tulen telah bermula. Kedua-dua parti mahu parlimentary demokrasi diamalkan di Mesir seperti di negara kita atau di EU (Kesatuan Eropah). Mesir negara Arab terbesar dengan penduduknya berjumlah 83 juta orang, 85 peratus Islam Sunni (Sunnah Wal Jamaah), satu peratus Syiah, 15 peratus Kristian majoritinya dari mazhab Protestant. 10 peratus pendapatan kasar negara itu datang dari industri pelancongan. Tidak seperti negara-negara Arab lain – Saudi, Kuwait, Qatar, Libya, Bahrain dan negara-negara Emirates atau Teluk yang kaya dengan minyak dan gas. Iran (bukan Arab) juga kaya dengan petroleum dan menjadi saingan terbesar kepada Arab Saudi dan juga ‘Makkah’ pengikut Syiah. Apa pun kekayaan ‘emas hitam’ di negara-negara tersebut pada umumnya telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat mereka lantas tuntutan mahu pilihan raya, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan berhimpun, menegakkan hak asasi manusia tidak begitu ketara. Kalau pun ada gerakan demikian dipatahkan segera secara kekerasan. Mesir sebuah negara miskin tetapi kaya dengan tamadun, sejarah juga pusat ilmuwan dan cendekiawan dunia Arab – tumpuan kebudayaan dan kesusasteraan, politik, perfileman dan hiburan Arab.z

Apa pula ukuran sendiri tentang anda? Islam keturunan, Islam serius, seorang maksum atau seorang Islam songsang? Sepanjang hidup, saya memilih kesederhanaan. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali seboleh-bolehnya! Seelok-eloknya jalankan tugas, kewajipan dan memberi perkhidmatan sebaik-baiknya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive