Perbuatan tidak bertamadun ini membongkarkan bahawasanya DS Dr Zambry kini telah diterima oleh semua pihak di Perak.Inilah semangat orang muda yang membuta tuli mengoyak KAIN RENTANG dek kerana upah yang tidak seberapa.
Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir. Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh.
Kain rentang tertera ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2012 yang dipasang atas jejantas berdekatan SMK Sam Tet menjadi mangsa vandalisme di mana poster bahagian mulut DS Dr Zambry dan DS Saripah Zulkifli telah ditoreh dan dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perbuatan khianat itu menunjukkan ada pihak tidak senang duduk dengan kelantangan DS Dr Zambry bersuara khususnya membabitkan parti pembangkang PAS dan DAP. Ini ditambah dengan usaha yang tidak mengenal jemu kepimpinan DS Dr Zambry untuk membangunkan Perak. Kita boleh mengagak siapa di sebalik dalang di sebalik kejadian di atas, cumanya golongan terbabit tidak mempunyai telur untuk mengakui perbuatan dayus mereka.CTS
No comments:
Post a Comment