Saturday, January 14

Drama BollyWood Anwar sudah Bemula?



Dengan rekod lepasnya, ‘kelebihan’ dalam mengajak khalayak berada dalam ‘skop yang dipandunya’ pasti sekali akan diulanginya. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah ada kebijaksanaan dalam soal ini. Tentu sekali rakyat mampu menilainya.

Jika disorot tindak-tanduk individu ini pada masa lepas, di atas pentas ceramah, dia sememangnya mampu ‘menggayakan apa sahaja’ yang dikehendakinya. Tentu kita tidak lupa drama keracunan arsenik yang diadu-domba Anwar yang kononnya diperoleh akibat pemakanan oleh pihak polis. Isteri dan para pemimpin Adil (sekarang PKR) ketika itu menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku dan kaki menjadi hitam. Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya konon telah gugur. Maha dahsyat sekali. Namun, isu itu berlalu begitu sahaja setelah siasatan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darahnya.

Masih tidak ‘patah semangat’, sekali lagi isteri si Anwar menguar-uarkan dakwaan kononnya suaminya disuntik dengan darah HIV positif. Tetapi lihatlah, dia sekarang berada di mana sekarang. Sekali lagi isu itu mati. Dan disusuli lagi dengan drama kehidupan Anwar terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel. Masih berbohong lagi dan diikuti pula dengan lumpuh sakit belakang. Namun segalanya bohong belaka.

Yang terbaru pada tahun lepas Anwar muncul pula dalam program berita TV3 yang memetik kenyataan beria-ianya dalam satu ceramah di Pulau Pinang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diseret dan dihumban ke dalam lokap setelah menyertai perhimpunan haram Bersih.

Namun rakyat Malaysia terpaku pada masa sama apabila selang 20 saat, Abdul Hadi muncul dalam program berita sama mengakui polis bukan sahaja melayan beliau dengan baik, malah semua peserta perhimpunan haram itu telah diberikan layanan serupa sepanjang tempoh tahanan. Itulah Anwar.

Dan tentu sekali dalam ‘road show‘nya kali ini ada ‘buah tangan’ baru pula. Dari segi mengadu-domba, orang-orang dari PKR memang nombor satu. Masih ingat tak lagi dengan Azmin Ali, timbalan presidennya. Ketika pengundian baru memasuki tempoh separuh hari di Sarawak April tahun lalu, habis ditwitnya kononnya pembangkang telah menguasai Bumi Kenyalang sampaikan satu sidang akhbar khas terpaksa diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di IPD Kuching.

Anwar pula ketika itu, habis dicanangnya juga kekuatan PKR yang meletakkan calon di hampir 50 kerusi. Tetapi rakyat pun tahu akhirnya siapa yang menang.

‘Road show’ diketuai Anwar dalam negara pasti akan dilakukannya. Cuma dikhuatiri, ‘road show’ sedemikian akan menerbitkan ancaman ketenteraman awam sehingga menggugat sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang pada tahun lepas telah pun membawa negara ke tangga 19 negara paling aman daripada 153 buah negara di dunia.
Mungkinkah Laporan Global Peace Index (GPI) pada 2012 ini pula akan berubah secara drastik.

Terserah kepada rakyat untuk menilainya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive