Thursday, January 19

Kahalid Semakin Gagap,PAS diHina?



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambilalih portfolio Hal Ehwal Islam daripada wakil Exco Pas dijangka memberikan implikasi negatif yang boleh merugikan umat Islam khususnya rakyat di negeri Selangor.

Ini kerana portfolio berkenaan sepatutnya disandang oleh individu yang berkelayakan dan arif tentang soal agama dan Pas yang mengangkat diri sebagai parti Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan amanah penting itu.

Profesor Datuk Dr Zainal Kling dari Fakulti Sains, Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, walaupun Khalid berhak membuat keputusan itu, namun tindakan beliau itu mungkin dilihat sebagai tunduk kepada tekanan DAP dan PKR untuk mengawal institusi seperti Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).

"Maknanya, ia akan memenuhi kehendak-kehendak DAP dan yang lain-lain dan bukannya memenuhi kehendak umat Islam di Selangor. Seharusnya kita jangkakan memang hal ehwal Islam ini akan diterajui oleh PAS...Ini terang-terang menunjukkan Khalid mengekang kegiatan-kegiatan MAIS atau Jais (supaya) sesuai dengan kehendak PR (Pakatan rakyat)," .

Walaupun menggantikan Hasan, Yunus tidak diberikan portfolio agama, sebaliknya beliau hanya dijandikan Exco Adat Resam Melayu serta menjaga porfolio Bela dan Sukan. 

Khalid berkata keputusan itu berdasarkan pengalaman Yunus dan mengumumkan beliau akan mengambil alih tugas-tugas sebagai Exco Hal ehwal Agama daripada Hasan. 

Datuk Dr Zainal khuatir dengan rombakan  itu, segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Hasan berhubung isu-isu pengkristianan orang Islam serta aktiviti memesong akidah umat tidak akan lagi dipantau dan dibiarkan  begitu sahaja. 

Beliau juga menjangka polimik mengenai isu-isu agama akan bertambah hangat kerana Hasan akan meneruskan perjuangan beliau dengan menubuhkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi tumpuan kepada masalah terbabit.

Sekaligus katanya, akan berlaku konflik diantara kerajaan negeri dan NGO-NGO di Selangor dalam hal berkaitan agama.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin pula menyifatkan rombakan berkenaan jelas sebagai satu penghinaan besar kepada PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam

"Konon kata PAS mendabik dada memperjuangkan Islam, tiba-tiba potfolio hal ehwal Islam ditarik daripada mereka. Keduanya ia menunjukkan rakan Pakatan sendiri tidak percaya bahawa PAS boleh menjaga hal ehwal Islam ," katanya lagi

Menurutnya lagi, PAS sewajarnya membuka mata setelah parti tidak diberikan sebarang potfolio dalam kerajaan Pakatan negeri Pulau Pinang, dan kini jawatan yang sewajarnya diberikan pada mereka tidak dberikan di Selangor.

Hasan dipecat pada 8 Januari kerana dianggap bertindak membelakangkan kepentingan parti setelah beliau mengkritik tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit keputusan kes liwatnya. . 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive