Saturday, January 14

Anwar Dah Ketaq Lutut Saiful Nak Buat Rayuan.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak harus ada campur tangan politik sekiranya Peguam Negara mahu membuat rayuan berhubung pembebasan beliau dalam kes liwat, Isnin lalu.

"Soal pendakwa raya rayu itu bukan soal saya, itu ruang yang ada untuk dia terkandung dalam akta dan undang-undang... ia terserah kepada badan kehakiman untuk memutuskan keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta.

"Tetapi, saya harap tiada sebarang campurtangan politik dalam kes ini. Kami faham undang-undang dan perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan kelmarin, bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.
Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.
"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan," katanya lagi.
Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
Isnin lalu, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.SINARHARIAN

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive