Wednesday, January 18

Datuk Ahmad Maslan Pulak Difitnah.Gambaq Nie Apa Cerita?


Kalau nak buat fitnah lain kali bagilah real skit nie dok main hentam tabur saja.Depa nie Puak kurang cerdik nie kena sumbat cabai dalam mulut baru ada akai skit kot?Baru nie masa Program Penerangan Negeri Pulau Pinang,Datuk Ahmad Maslan siap makan nasi dengan blogger bukan atas meja tapi kt belakang atas paip ayaq lagi.Macam nie depa nak dakwa kata Datuk Kutuk Blogger dan Cybertrooper.Nak Habaq kat Hampa penfitnah kurang akai jangan cuba untuk memutuskan silatulrahim sesama Islam,takut nanti dilaknat oleh ALLAH.
Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.
Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.
"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau. 
"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air. 
"Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi.sinarharian.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive