Showing posts with label bn. Show all posts
Showing posts with label bn. Show all posts

Friday, September 20

APA LAGI KAUM CINA MAHU....................?


Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.

Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.

Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.

Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.

Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.

Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara. Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.

Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi, ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari kemiskinan. Lebih buruk lagi, ia turut mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan. 13 Mei adalah sejarah yang paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.

Bukan sahaja 13 Mei, tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.

Benar, bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun, selagi ada usaha, selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya tragedi berdarah 13 Mei

Justeru, pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.

Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis atau tamak haloba. Sebenarnya, semakin mantap ekonomi bumiputera, semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina. Lebih dari itu, keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar untung rugi sahaja. Ingatlah kata-kata pepatah, “orang tamak, selalunya rugi”.

Friday, May 17

GUAN ENG HALAU RAKYAT PULAU PINANG PULAK........?

Baru aje kena provoke skit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP nie tak boleh ditegur dan melompat sakan. Cuit skit pun dah marah... Kalau nak diikutkan amarah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi Cepat jugak LGE merah telinga bila ditegur.

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.

Perhimpunan haram yang dianjurkan PR di seluruh negara adalah seperti lari dari kenyataan dan penafian kepada hakikat kegagalan memperoleh Putrajaya.

Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Saturday, April 13

Tun M Balun Husam... Ibarat Kena Selipar Lembik Dimuka!!!


Bukan Dr Mahathir Mohamad kalau bercakap bagi hujah 'kosong, dan hari ini, Naib Presiden PAS yang juga calon parti itu di Putrajaya Datuk Husam Musa 'kena sebiji'.

Tun Dr Mahathir berkata beliau cuma mengamalkan kebebasan bersuara, ketika ditanya mengenai komen Husam yang mahu Dr Mahathir tidak memberi sebarang ulasan politik dalam PRU13.

"PAS yang belum menjadi kerajaan bertindak mahu menutup mulut orang yang beri komen dan apabila telah menjadi kerajaan nanti sesiapa yang melawan parti itu akan ditangkap dan dimasukkan dalam jel," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS hanya menggunakan Islam untuk meraih undi serta menang pada pilihan raya dan langsung tidak mempunyai niat untuk memperjuang dan mendirikan sebuah negara Islam seperti yang dilaung-laungkan selama ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota PAS meninggalkan parti itu kerana selama ini pemimpin parti itu banyak melakukan pembohongan kepada rakyat.Katanya

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sanggup mengkafirkan anggota dan penyokong UMNO walaupun anggota UMNO itu ibu bapa dan nenek moyang mereka sendiri.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak berniat untuk bertanding pada PRU13, sebaliknya mahu menolong UMNO dan Barisan Nasional(BN) menang pada PRU kali ini.

Dr Mahathir berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih dengan membalas budi kepada UMNO dan BN yang selama ini memberi pertolongan kepadanya hingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun."Orang yang dapat pertolongan mesti ucap terima kasih.

Saya cuba tolong Umno dan BN dalam kempen sebagai cara nak lahirkan ucapan terima kasih. Saya tak ada niat untuk bertanding. Bila saya dah buat keputusan saya tak akan patah balik," katanya AD


Tuesday, April 9

Empat bas ahli UMNO Kangar berhimpun di PWTC bantah Fathul Bari jadi calon....


Belum pun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.

Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.


SAH KAK IJAT TAK BERTANDING PADA PRU-13....


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata PRU13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding, sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk memastikan kemenangan BN.
 
"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," katanya 

Beliau memulakan kerjaya dalam arena politik pada 1982 apabila dipilih sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Kepong Baru dan kemudian dipilih sebagai Ketua Wanita Umno bagi penggal 2008/2011 setelah mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz.
 
Pada PRU12 yang diadakan pada 2008, Shahrizat yang bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai dikalahkan Nurul Izzah Anwar daripada PKR dengan majoriti 2,895 undi.
 
Beliau bagaimanapun dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 dan menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum meletakkan jawatan pada 11 Mac 2012. 

Sunday, April 7

ROSMAH MANSUR PENYEBAB BN KALAH PADA #PRU13.......


Nak kata apa lagi itulah hakikat yang patut kita terima. MKP lihat sejak kebelakangan ini ramai sangat yang memuji melambung dan sokong main kromo aje. Tanpa berfikir dengan natijah yang bakal diterima. Pada pegawai (Rosli) yang bertanggungjawab jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin jangan pulak syok sendiri. 

Oh rupanya Ds Rosmah bukak kilang dirumahnya, Pendedahan eksklusif yang dibuat haprak pakatan cukup mengemparkan. Adik kakok…satu hari bil elektrik $700 ribu ..gilo bhai…bil api KLCC dengan KLIA pun tak semahal tu..

Bill air sehari $100 ribu bhai..apa Ds Rosmah buat?Ada empangan kat rumah dia ker?Patutlah Selangor takde air,rupanya Ds Rosmah pakai air sebanyak tuh …

hihi.. ni hah video kat bawah..korang kena percaya..nanti tak cukup iman sebagai seorang pencacai pakatan.Lepas tonton video ni wajib pangkah pakatan… baru diredhai oleh Nik Aziz dengan Hj Hadi…


MKP Ayat Sempoi : Budak hingusan yang memberi ceramah tanpa fakta macam nie pun korang pecaya. Akal letak kat lutut der.....

Saturday, April 6

#ManifestoBN Menepati Janji Membawa Harapan @NajibRazak #Vote4BN


Janji Ditepati itu adalah tema bagi Pelancaran Manifesto BN. Bukan Omongan kosong yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat Bagi mereka Manifesto bukan janji seperti yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Selangor tapi hanya Khayalan kosong demi meraih undi.

Intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil.

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang

dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan

Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta

secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan

daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh


PELANCARAN MANIFESTO BN #GE13 #MANIFESTOBN #PRU13


Perdana Menteri DS Najib Razak akan melancarkan Manifesto BN pada jam 8:30 malam, 6 April 2013 di Perhimpunan Janji 1Malaysia, Stadium Putra Bukit Jalil,malam ini.

Sila ikuti siaran live streaming pelancaran Manifesto BN di BR1M.TV dan juga laman web 1Malaysia.

PM @NajibRazak akan berinteraksi bersama menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN di laman Twitter sebelum pelancaran manifesto. 


Thursday, April 4

Pasangan Seks Rambang Alvin & Vivian Akhirnya Mohon Maaf Kerana Menghina Bendera BN @KhairyKJ


Pelakon aksi lucah Vivian dan Alvin Tan 10 minit yang lepas telah memohon maaf kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) kerana memuatnaik gambar lucah yang disifatkan mereka boleh mempersenda dan menghina bendera BN. Gambar ini mendapat kritikan daripada ramai bloggers dan Facebookers.

Hari ini juga, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Utusan Malaysia, akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.



Mereka melakukan semua itu kerana naif dan tidak didorong dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan dan cuba menjatuhkan BN.

MKP ayat Sempoi : Takkan minta Maaf saje kot...? 




Wednesday, April 3

LIVE STREAMING : UCAPAN KHAS @NajibRazak #PRU13 #GE13 #VOTE4BN.



           


Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.

Friday, March 29

#PRU13 #GE13 @NajibRazak Yakin Peroleh Majoriti 2/3


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

BACA SETERUSNYA KLIK

Thursday, March 28

GEMPAR...... @NajibRazak NAIK MOTOR KAPCHAI DENGAN DS ROSMAH MANSOR.....


Perdana Menteri Malaysai yang Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disukai ramai serta meletakan dirinya seperti rakyat biasa. Dengan berbuat sedemikian secara Inklusif bukan Exklusif berdamping dengan rakyat membolehkan beliau dekat serta mendengar apa saja masalah yang dihadapi oleh Rakyat..

Pengalaman MKP sendiri apabila berdepan dengan Rakyat Sarawak semasa PRN Sarawak rakyat disana amat mengenali DS Najib Razak dengan Tranfomasi 1Malaysia. Ini meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap BN secara umum bagi menghadapi PRU-13 yang paling getir didalam sejarah Pilihanraya...

Penilaian kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah diperbaiki menjelang Pilihanraya Umum Malaysia, menurut beberapa kajian.

Populariti Najib nampaknya berada pada tahap tinggi sepanjang masa. Antaranya lebih daripada 1.5 juta penjawat awam dan persekutuan kakitangan agensi, beliau telah disambut seperti superstar.

Sudah tentu, seperti yang dijangka DS Najib memenuhi permintaan mereka untuk gaji yang lebih tinggi, faedah dan elaun yang lebih baik, termasuk pencen bagi pesara.

Malah, Najib telah menjadi aset yang terbaik pada gabungan Barisan Nasional yang memerintah.

Pelbagai inisiatif 1Malaysia telah membuat dia lebih popular daripada partinya sendiri.

Najib menafikan mereka adalah langkah-langkah populis.
"Hati nurani saya jelas, apa yang saya katakan adalah berdasarkan kisah-kisah kejayaan, kisah kejayaan Malaysia. Apabila kita berjaya untuk menjaga negara kita, kita katakan orang adalah aset terbesar kami," katanya.

Rayuan bintang DS Najib tidak pernah gagal untuk menarik orang ramai yang besar pada Program Janji Ditepati yang diadakan di seluruh negara, yang berakhir hujung minggu lalu di negeri Pahang.

DS Najib juga berjanji pemberian wang tunai tahunan yang akan berjumlah lebih daripada AS $ 1 bilion jika kerajaan beliau dikembalikan kepada kuasa.

Ia adalah jelas bahawa Najib mempunyai peminat yang besar di kalangan ratusan ribu penjawat awam dan pekerja badan berkanun.

Beliau berjanji untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyat serta berharap akan diberi ganjaran dalam Pilihanraya Umum didalam bentuk undi kepada Barisan Nasional.

MKP Ayat Sempoi : Janji DS Najib Razak adalah #JanjiDitepati...... Bukan Macam Anuar.



Monday, February 18

DR FADZILAH KAMSAH DOBOGELKAN OLEH CAI DENGAN FOTO SEKSI ANAKNYA.......


Terdesak dengan dedahan Panas!!!! Cai-cai pakatan mula membuka aib Datuk Dr Fadzilah Kamsah.MKP dah agak benda macam nia bakal berlaku ternyata apa yang berada difikiran muncul juga akhirnya...Taktik gampang cai-cai pakatan nie...saraf mereka rosak..mudah je..bila anjing-anjing ni dah mula kepanasan kerana Tokoh tertentu sokong BN dan komplen sesuatu yang tak kena pada pihak mereka !!

"..kurang ajar.." itulah komen Dr Fadzilah bila d tanya mengenai amalan sesat pas celaka itu maka pening dan kalut ributlah semua cai upahan korek sana sini dan berpikir serangan peribadi adalah serangan terbaik nak matikan mulut Dr Fadzilah ini.



Friday, February 8

Pemuda ditetak pasang bendera BN....


Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera dan sepanduk Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera dan sepanduk.

Mohd Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.

"Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," kata, Mohd Dasuki.

Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ.

“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.

“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini, semalam.

Mohd Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.

Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.

Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan. AP


Friday, December 21

BN PERLUKAN KONVENSYEN SEBELUM PRU-12 @NajibRazak @bnpenang

Bahang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) semakin hari semakin terasa kehangatannya khususnya dikalangan pemimpin parti politik malah para pengundi juga kian tidak sabar untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi demi negara tercinta.

PRU 13 ini diramalkan oleh ramai pemerhati politik sebagai yang paling mencabar bagi BN selaku juara bertahan berikutan tentangan sengit yang bakal dihadapi dari gabungan tidak rasmi parti-parti pembangkang yang kini bersekongkol di bawah nama PR.  

Walaupun dari segi culaan trend sokongan pengundi dan kajian semasa pilihanraya jelas menunjukkan BN terus berada di depan, namun cabaran sengit yang dijangkakan ramai ini tetap memerlukan perhatian khusus dari pucuk pimpinan BN.

Thursday, December 20

"WAR ROOM" LAPORAN SYOK SENDIRI PEMIMPIN UMNO/BN

Ketika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan. 
 
Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang.

Merdeka Center dalam kajian terbarunya menunjukkan populariti DS Najib hanya meningkat 1 peratus kepada 65 peratus selepas pembentangan Belanjawan 2012.

Friday, September 28

KERANA GAMBAR INI BARISAN NASIONAL KALAH PRU13


Pada mulanya gambar Anwar naik jet telah disebarkan oleh Tian Chua dilaman Tweet  beralasan supaya nampak ketelusan PKR.Tanpa disangka ledakkan bagaikan gunung berapi telah muncul ianya menjadi bahan utama diakhbar serta berita di TV .Bermula dari itu banyak persoalan timbul.Siapa yang menaja ,kos yang diperuntukkan dan banyak lagi.Telah tercetus polimik diantara Tian Chua dan Saifuddin Nasution.


Friday, July 6

MUSANG BERBULU AYAM KINI PANAS DENGAN @PDRMsia


Sikap pembangkang yang akhir-akhir ini suka sangat 'mendedahkan' dokumen-dokumen yang diketegorikan sulit merisaukan berbagai pihak. Ramai bimbang takut-takut ada pihak ketiga yang sanggup 'kompromikan' dokumen rahsia tersebut demi mengugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia boleh bermula dengan dokumen rahsia tender dan tidak mustahil jika dibiarkan akan merebak sehingga ke dokumen rahsia negara pulak.

Lebih-lebih lagi semua pendedahan ini membabitkan orang politik dengan kepentingan politik murahan menjadi agenda utama mereka.

Menyedari kebimbangan itulah barangkali pada Rabu, polis menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek transit aliran ringan (LRT) Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia kerajaan seperti tersiar dalam sebuah portal berita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata laporan polis telah dibuat beberapa individu kementerian berkaitan di Putrajaya semalam mengenai penyiaran maklumat projek tersebut.

"Pengadu mendakwa beberapa dokumen tender telah didedahkan kepada pihak yang tidak berhak melalui portal berkenaan. Maklumat serupa sering dimanipulasikan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri," katanya.

Mohd Bakri berkata polis memandang serius perkara tersebut kerana pendedahan dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

"Kita akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut Seksyen 8 (1) (i) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya dapat mengenal pasti pihak terlibat, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun," katanya sambil menambah kata bahawa siasatan akan tertumpu pada bagaimana kebocoran maklumat itu berlaku dan sama ada ia melibatkan 'orang dalam'.

Katanya, siasatan akan dilakukan terhadap portal yang mendedahkan tender kontrak sambungan projek terbabit.AD

MKP Ayat Sempoi : Patut benda nie dah lama buat,tapi tak mengapa daripada tak buat langsung.Kepada yang berkenaan lepas nie dedahkan lagi rahsia Kerajaan Malaysia dah lah makan gaji dengan Kerajaan lepas tue mengkhianat pulak apa punya manusia nie.

Monday, June 25

BUKIT BARU MENJADI MILIK PAS JIKA BN MELAKA LEMAH?


Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Pesuruhjaya PAS, Adly Zahari yang kononnya DUN Bukit Baru bukan lagi sebagai kawasan selamat untuk BN pada pilihan raya umum akan datang sebagai cakap-cakap kosong.

Sambil menjelaskan apa yang dilontar Adly itu sebagai cakap orang terdesak, Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Melaka berkata apa yang diangan-angankan PAS itu tidak mungkin menjadi kenyataan.

"Sebenarnya sejak dari dulu lagi PAS sudah keluarkan kenyataan kononnya DUN Bukit Baru akan jatuh ke tangan pembangkang dan ini adalah isu lama. Mereka kata BN sudah hilang sokongan tetapi sebenarnya merekalah yang sudah hilang sokongan.

"Apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS ini adalah cakap-cakap orang terdesak. Mereka sudah ketandusan idea," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Melaka di Antarapos baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka itu juga menganggap PAS sebagai munafik kerana lantang memperjuangkan Islam namun pada masa sama menyokong Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang memperjuangkan Seksualiti Merdeka.

"Bagi saya orang PAS ini jika kita layan mereka membuang masa kita sebab dia pun cakap macam orang munafik kerana menyokong perjuangan Ambiga yang mahukan amalan lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan di negara ini.

"Baru-baru ini pula, PAS tidak kasi orang-orangnya pergi menunaikan fardu haji sehinggalah tarikh pilihan raya dan mereka ini saya lihat lebih menyokong perkara-perkara maksiat," katanya.

Mohd Ali juga sekali lagi mengulangi kenyataannya, bahawa PAS adalah sebuah parti Pak Turut.

"PAS kalau dia memerintah dia akan jadi Pak Turut kepada DAP dan PKR," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai dakwaan PAS mengenai gelombang kebangkitan rakyat di Johor akan merebak ke Melaka.

"PAS dakwa BN sudah hilang sokongan tetapi sebenarnya merekalah yang sudah hilang sokongan rakyat dan saya tidak nampak mereka akan mendapat tempat di Melaka.

"Penyokong mereka semakin berkurangan bukan sahaja di DUN Bukit Baru malah seluruh Melaka disebabkan PAS ini suka menyokong perkara-perkara maksiat," katanya.

Monday, April 23

Team Barisan Artis Nasional Ditubuhkan.

Team barisan artis nasional ialah sekumpulan artis-artis yang ditugaskan untuk mempromosikan apa-apa produk pelancongan kerajaan negeri. Team barisan artis nasional neh boleh juga di anggap team yang menyokong barisan nasional ataupun mesra BN.

Kat bawah neh ialah gambar-gambar majlis pelancaran team tersebut di samping artis-artis yang terlibat dalam team tersebut. Macam strategi berkempen untuk PRU pun ada juga.




MKP Ayat Sempoi ; Dulu PAS dok gebang kata artis sokong depa saja nie apa cer der?


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive