Showing posts with label DS najib.. Show all posts
Showing posts with label DS najib.. Show all posts

Wednesday, June 5

ADAKAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 DARI UMNO BAKAL MUNCUL.......?


Itu yang bermain difikiran MKP sejak semalam apabila memikirkan keadaan Politik semasa selepas PRU-13 yang dianggap "Ibu Segala Pilihanraya". Ada kalanya memberikan apa yang terbaik tidak semestinya dihargai pada orang yang menerima akan tetapi apabila untuk lari dari kesalahan atau inginkan sesuatu habuan sudah tentu pekara yang baik dilakukan selama 2-3 tahun dilupakan. 

Tempoh bertenang selama sebulan yang telah diberikan agaknya telah sampai. Mungkin diatas sebab itu membuatkan ramai dikalangan rakan-rakan blogger menghentam orang kanan serta penasihat DS Najib Razak. Bukan semua menghentam itu tidak bagus akan tetapi teguran itu bagus jika dilakukan dengan fakta yang boleh diterima akal.  

Akan tetapi sesetengahnya agak keterlaluan dan nampak seperti bodoh atau diperbodohkan serta mengikut apa yang dimomokan oleh pembangkang.Adakah mereka sedar dengan tindakan sedemikian bererti bakal memusnahkan kreditbiliti Ds Najib Razak itu sendiri. 

Bagi MKP satu gelombang yang besar sedang dilakukkan oleh pihak tertentu untuk menyingkirkan DS Najib Razak.Menyalahkan orang lain tidak semestinya menyelesaikan masalah sedangkan banyak lagi kelemahan kita perlu dibaiki. 

UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun. 
Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri. 
Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi. 
Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.  
petikan dari Blog TUN M KLIK
Memang benar apa yang dinyatakan oleh Ayahanda Tun Mahadir. Faktanya tepat sekali dan MKP sendiri mengalami apabila menjadi Ahli UMNO Bahagian Tanjong P-049.

Mungkin hanya kemaruk kuasa dan mengidamkan Projek yang boleh mengkayakan poket sendiri sehinggakan program yang dianjurkan hanya orang tertentu yang hadir itupun hanya beberapa kerat. Jika tanpa kehadiran Ketua sudah pasti ekornya tidak muncul...

Kenapa!!!!! korang nak mengamuk pulak dengan MKP? Silakan......Mungkin lepas nie dedahan lebih pedih buat korang....Sabotaj majlis hari Raya????? yup MKP ada video lagi apa perancangan korang...

Mesyuarat PEMUDA CAWANGAN hanya 9 ahli pun ada. Sampai kritikal macam tue pun tak mahu tambah ahli. Apa punya mangkok hayun korang nie..

MKP Ayat Sempoi : Bagilah masa pada DS Najib untuk melakukan Tranfomasi selepas PRU-13. Jika tiada perubahan jugak selepas pemilihan UMNO yang bakal menjelang korang buatlah apa yang dihajati...


Friday, March 29

#PRU13 #GE13 @NajibRazak Yakin Peroleh Majoriti 2/3


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

BACA SETERUSNYA KLIK

Thursday, February 21

POSTER TERBARU KEMPEN PRU-13.......


MKP tak nak komen apa-apa tapi ini adalah cadangan poster terbaru bakal digunakkan.Tapi nampak macam dah sekular la pulak..Pasal benda baru macam nie susah orang nak terima itu pun belum lagi pihak macai-macai semestinya kutuk habis punya..Ayat tak boleh blah adalah tak Islam dan bermacam-macam lagi pasti kuar arrrghhh..SOP bagi cai-cai pakatan nie...

Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.


Friday, January 20

Tahniah @PDRMsia,Peinee Teoh Ugut PM Ditahan.


Tahniah MKP ucapkan kepada PDRM kerana bertindak pantas dengan aduan yang telah dikemukakan,Pastinya ini memberikan pengajaran kepada pelajar berkenaan.Moga selepas ini tiada lagi pelajar berani bertindak sedemikian.

ALOR SETAR, 19 Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. 
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut. 
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan. 
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan. 
"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. 
"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA

Wednesday, January 18

@PDRMsia Tolong Siasat Peinee Teoh Ugut Bunuh @NajibRazak



Selepas seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Janartana V Chandra, direman kerana mengugut untuk mengebom pesawat yang dinaiki Perdana Perdana Menteri, seorang lagi pengguna laman sosial Facebook, Peinee Teoh telah mengeluarkan ugutan bunuh yang lebih kurang sama.





Kenyataan yang berbunyi, "butuh najib, you naik kapal terbang, nanti saya tembak kapal terbang awak". Butiran pengguna Facebook berkenaan adalah seperti berikut:

URL - https://www.facebook.com/rianne.peinee
Nama - Peinee Teoh
Tempat belajar - AIMST University.
Tempat tinggal - Alor Setar, Kedah - Cucu Tok Selampit

Monday, December 19

Falsafah 1Malaysia Bukan Hanya Slogan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.

Beliau berkata, jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti. 

"Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,” katanya.

Bangunan itu yang berharga RM55 juta dijangka siap dalam masa dua tahun, dilengkapi dengan sebuah muzium, perpustakaan, bilik bacaan, bilik maklumat dan penyelidikan, bilik mesyuarat, dewan persidangan dan dewan serbaguna.

Pada majlis itu Perdana Menteri juga mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan bangunan itu, yang akan dibayar dalam dua peringkat, yang pertama RM2.5 juta pada tahun depan dan bakinya pada 2013.

Perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan permintaan Hua Zong untuk memberikan pengecualian cukai kepada mereka yang memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan bangunan itu.
Najib berkata Malaysia menghadapi perjalanan yang masih jauh dan untuk mencapai hasratnya, “Kita perlu mempunyai dasar-dasar jangka panjang yang boleh memberikan manfaat kepada semua peringkat masyarakat.

Tetapi kita boleh ada dasar-dasar yang berdasarkan jangka pendek, kita tidak boleh menjanjikan matahari dan bulan.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata dasar-dasar jangka panjang kerajaan telah membuktikan dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 dan 2009.

“Perjalanan itu penuh dengan cabaran dan pelbagai halangan, tetapi setiap kali berdepan sesuatu krisis besar kita berjaya menempa cabaran itu kerana kita memberi keyakinan kepada cara kerajaan menyelesaikannya.

“Kejayaan itu juga disebabkan rakyat mendokong dasar-dasar jangka panjang yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA.

Monday, February 21

'you must take your work seriously but don't take yourself seriously'

NAJIB bergambar bersama rakan internetnya di Facebook dan Twitter sempena Jamuan Petang 1Malaysia Perdana Menteri Bersama Rakan Internet di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.


Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau harus memastikan setiap keputusannya selaku Perdana Menteri adalah tepat tanpa sebarang ruang untuk berlaku kesilapan kerana kesannya bukan saja menjejaskan dirinya, sebaliknya boleh memudaratkan rakyat dan negara.
Beliau berkata, apabila mencapai tahap tertentu, terutama kedudukan tertinggi dalam negara, seseorang yang perlu membuat 10 keputusan mesti pastikan kesemuanya tepat kerana sekiranya berlaku satu kesalahan sekali pun, ia mungkin kesilapan yang amat merugikan pelbagai pihak.


“Justeru, untuk mengelakkan keputusan yang salah, kita perlu berfikiran rasional. Saya sudah lama dalam politik, dah 35 tahun, saya melalui macam-macam keadaan dan krisis politik. Saya sudah lihat semuanya. Jadi sebagai Perdana Menteri, saya sedia hadapi apa saja cabaran supaya semua keputusan saya adalah amat tepat, insya-Allah. 

“Saya selalu ingatkan diri untuk memastikan semua keputusan 100 peratus tepat setiap kali. Saya juga tak boleh nampak menggelabah atau cemas kerana dalam apa juga keadaan, kita sebagai kuasa muktamad membuat keputusan negara perlu sentiasa tenang.

“Kalau kita bertenang, kita boleh berfikir. Kalau kita panik, cemas atau menggelabah, kita tidak boleh berfikir secara rasional,” katanya ketika sesi dialog sempena Jamuan Petang 1Malaysia Perdana Menteri Bersama Rakan Internet di Seri Perdana, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Naserudin Abd Fatah dari Perak iaitu seorang daripada lima jemputan yang terpilih bagi mengajukan soalan kepada Perdana Menteri pada majlis minum petang itu. 
Kira-kira 600 rakan internet Perdana Menteri berusia antara 16 hingga 72 tahun dari seluruh negara, termasuk yang mengikuti laman blognya, www.1malaysia.com.my atau menerusi laman sembang Facebook dan Twitter menghadiri majlis jamuan petang itu.

Jamuan seumpamanya yang julung kali diadakan pada 13 Mac 2010 dihadiri kira-kira 300 rakan internet beliau. Majlis semalam yang sepatutnya diadakan 5 November tahun lalu itu terpaksa ditangguhkan kerana Perdana Menteri terkena jangkitan cacar air.

Najib berkata, beliau juga menjadikan petikan dalam buku karya Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell iaitu 'you must take your work seriously but don't take yourself seriously' (anda mesti mengambil serius mengenai kerja tapi jangan mengambil serius mengenai diri sendiri).

“Maknanya anda mesti ada masa untuk berehat, ada masanya orang ramai perlu memahami yang saya perlu bersenam, perlu menggunakan treadmil dan sekali sekala bermain golf tetapi saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa saya mengambil serius mengenai kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Menjawab soalan Ainul Aizat Ishak dari Kuala Lumpur mengenai minatnya terhadap muzik pula, Najib berkata beliau sukakan muzik era 70-an dan 80-an selain beberapa lagu Melayu terkini tetapi tidak begitu menggemarinya sehingga boleh menamakan tajuk lagu.

Menjawab soalan John Britto Victor Arokiasamy dari Kedah mengenai cabaran dan halangan mencapai gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, masyarakat pelbagai kaum perlu melakukan perubahan minda untuk melepasi tiga tahap sebelum menzahirkan perpaduan sebenar, bermula dengan kesediaan bertolak ansur antara kaum lain. 

Kepada soalan Mohammad Ayzuddin Bujang dari Negeri Sembilan mengenai negara maju berpendapatan tinggi, Najib berkata, apa yang dimaksudkan itu sudah jelas cuma perlu diterjemahkan bagaimana mencapai status itu menjelang 2020.

Menjawab soalan Mohd Sulaiman Gerrard Abdullah dari Selangor pula, Perdana Menteri berkata, konsep yang sama dapat memajukan sukan negara, khususnya bola sepak yang menjadi sukan nombor satu negara.

Menjadikan Piala AFF Suzuki yang dijuarai Malaysia tempoh hari, Najib berkata kejayaan itu tidak datang sekelip mata, sebaliknya adalah perancangan jangka panjang yang teliti.

"Kalau kita lihat skuad Harimau Malaya yang memenangi pertandingan itu, 17 daripada 25 pemainnya bersama sejak Tingkatan Tiga lagi di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang saya tubuhkan sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

"Inilah yang saya minta daripada rakyat Malaysia, selaku Perdana Menteri saya sudah lakarkan hala tuju masa depan negara dan segenap lapisan rakyat perlu bekerjasama mengukuhkan asas dan melakukan pengisian yang perlu bagi menjamin kejayaan jangka panjang," katanya. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive