Showing posts with label pru 13. Show all posts
Showing posts with label pru 13. Show all posts

Saturday, April 20

DAP BUAT KACAU UNTUK KELIRUKAN PENGUNDI CINA............. #DAPTIPU



Dalam tempoh 48 jam, DAP melakukan pusingan terbaru pembohongan, fitnah dan sandiwara untuk menghasut pengundi membenci kerajaan dan institusi-institusi awam negara ini.
 
Pengundi Cina diberitahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang “rata-rata” kononnya tidak membenarkan parti itu menggunakan logo roketnya untuk bertanding.
 
Oleh kerana itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya Kit Siang, DAP tidak ada pilihan kecuali menggunakan logo PAS dan PKR.


Kepada pengundi PAS dan PKR, DAP membawa mesej bahawa kononnya penggunaan simbol PAS bukti jelas DAP tidak ada masalah dengan parti itu, justeru orang Melayu, khususnya di Johor patut sokong DAP.
 
Setelah melakukan segala sandiwara ini, calon-calon DAP tampil pada hari penamaan calon menggunakan logo roket berserta watikah pelantikan parti itu, tanpa sebarang masalah daripada SPR dan ROS.
 
Tidak timbul soal menggunakan logo PAS dan PKR.
 
Fitnah dan sandiwara ini berpunca daripada cubaan DAP menggertak ROS untuk membatalkan siasatannya terhadap pemilihan berkontroversi parti Disember lalu.
 
Kemelut itu berpunca daripada tindakan Guan Eng merestui pindaan kepada keputusan rasmi pemilihan tanpa mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).
 
Pindaan itu membolehkan Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari diisytiharkan “pemenang” untuk menduduki kerusi Jawankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
 
Siasatan ROS terhadap kemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa dan manipulasi proses pemilihan itu boleh membawa padah kepada Guan Eng dan DAP sendiri.
 
Justeru, apabila ROS memberi notis kepada DAP bahawa ia tidak dapat mengiktiraf Jawankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sementara siasatan dibuat, Guan Eng menggunakan surat itu sebagai “bukti” kononnya DAP mangsa kezaliman kerajaan.
 
Beliau kemudian mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak jika ROS tidak menarik balik surat itu.
 
Jaminan ROS dan SPR bahawa notis itu tidak menjejaskan penyertaan DAP pada PRU ke 13 ditolak tepi oleh Guan Eng.
 
Beliau terus menuntut ROS menarik balik surat itu, dalam erti kata lain membatalkan siasatan terhadap pemilihan DAP itu.
 
Seiring dengan itu fitnah mengenai DAP akan menggunakan logo PAS dan PKR disebarkan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan selain meraih simpati untuk DAP.
 
Bagaimanapun ROS tidak tunduk kepada Guan Eng itu dan siasatan terhadap pemilihan DAP tetap diteruskan.
 
Melihat perangkap yang dipasangnya tidak menjadi, Guan Eng tersepit dan akhirnya memilih jalan selamat untuk calon-calon DAP terus menggunakan logo roket, meskipun ia mendedahkan tembelang DAP.

Wednesday, April 17

PAS PERMATANG PAUH RESTU DR MAZLAN LAWAN ANWAR....


Ini kenyataan dari Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh. Dr Mazlan amat disegani dikalangan ahli PAS di permatang pauh sampai ketua pemuda pun datang mengadapnya. Berita sebegini pastinya membuatkan Anwar tak tido malam lepas nie. BUKU BERTEMU RUAS. Di kalangan orang permatang pauh mereka hanya pandang pada anak tempatan yang tahu denyut nadi rakyat dikawasannya. Permasalahan rakyat tempat. Bukanya calon yang menang dan boleh diibaratkan sebagai calon touch ang go.. lepas menang boleh buat tak tahu pada rakyat...


Tomahan dari macai-macai pakatan mengatakan UMNO permatang pauh bergolak dan ini buktinya..MKP pasti ada yang sakit hati atau berdarah hidung bila tengok gambaq nie..UMNO permatang pauh tak bergolak derr sebaliknya memberikan sokongan yang penuh dan jitu pada calon pilihan pucuk tertinggi pimpinan..


Semua ada tue..termasuk ketua pemuda UMNO permatang pauh.Matlamat semua yang ada adalah satu kalahkan Al-Juburi di kubu kuatnya...Pastinya UMNO akan menang di Permatang Pauh #IniKalikah kasi pada UMNO....



Tuesday, April 16

ANWAR DAH LARI DARI PERMATANG PAUH.........


Berita yang baru diterima bahawa Anwar telah mengosongkan rumahnya di Permatang Pauh. Aii Takkan BN baru umumkan Calon dah nak lari.. Mungkin ada resah dan gelisah membuatkan Anwar jadi begitu... MKP mendengar penjelasan dari Bakal YB Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail menagatakan bahawa kekuatan Anwar bukan kerana sokongan PKR akan tetapi dari Ahli PAS Permatang Pauh...


Perjumpaan hampir 1 jam itu dipenuhi dengan pengisian yang worth to write untuk pembaca MiM. Mungkin kerana tahap pelajaran Mazlan Ismail yang tinggi memperolehi kelulusan PHD sebelum ini, maka, perjumpaannya menjurus kepada visi Mazlan Ismail jika dipilih oleh rakyat Permatang Pauh. 
Personally, MiM dapati Dr Mazlan Ismail adalah seorang anak jati Permatang Pauh yang down to earth dan berkaliber disamping berpengetahuan tinggi dalam agama. 
Beliau memberi pelbagai contoh tempatan yang begitu dekat dengan rakyat Permatang Pauh tetapi tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat Permatang Pauh sebelum ini.  
Yang menariknya ialah Dr Mazlan Ismail merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah jentera pilihanraya PAS negeri pada tahun 1998 dan 2004. Beliau dikenali di dalam parti PAS sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan seorang pemimpin yang bersih. 
Selama 20 tahun Mazlan Ismail menjadi ahli dan di dalam kepimpinan PAS Pulau Pinang tetapi selepas itu keluar daripada parti PAS pada tahun 2004. Apabila ditanya sebabnya, Mazlan Ismail mendedahkan bahawa beliau sudah tidak percaya dengan perkahwinan PAS dengan parti-parti lain terutamanya parti DAP. 
Daripada parti yang berdoktrinkan Islam, parti PAS dilihat bertukar arah menjadi parti yang lebih mementingkan politik apabila bersekongkol dengan parti DAP. 
Dan perkara ini sebenarnya menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli PAS, bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Sumber MiM di Permatang Pauh turut memberi MiM info yang sama berlaku di Permatang Pauh. 
Apabila ditanya visi beliau kepada Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkata, selain daripada Manifesto BN negara dan negeri, beliau juga menggariskan beberapa perkara yang difokuskan khas untuk kesejahteraan rakyat Permatang Pauh, yang sebelum ini diabaikan. MiM dapati kesemuanya viable dan menguntungkan rakyat tempatan. 
Di antara banyak pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan semasa di dalam parti PAS ialah insiden Mat Sabu dan Hotel Perdana, Kelantan pada 31hb Januari 1995!
SUMBER... BLOG DrMIM 

PESANAN KHAS DARI AIR ASIA ..... @tonyfernandes


MKP nak bagi pesanan khas pada Calon yang dok lobi sakan tapi akhirnya kecewa.. Rileks derr... Air Asia dah bagi kemudahan untuk sesiapa yang merajuk. Jangan lupa pulakbalik mengundi pada 5hb nanti...

Jangan sebab "marahkan nyamuk, kelambu dibakar". Peribahasa Melayu di atas mengingatkan saya bahawa seseorang tidak perlu memusnahkan segala-galanya yang sudah dibina hanya kerana satu perkara yang sangat kecil, kemudiannya merugikan diri sendiri.

Peribahasa itu juga secara tidak langsung mengingatkan MKP kepada bencana dan kerugian yang akan menimpa sekiranya wakil-wakil rakyat atau pemimpin yang tidak terpilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melakukan sabotaj kepada parti Barisan Nasional (BN).

Mereka ini perlu mengawal emosi masing-masing dan dinasihatkan tidak berbuat perkara yang boleh memusnahkan parti dan negara.

Bukan berniat untuk mentarbiahkan wakil-wakil rakyat yang sudah berpengalaman dan berpenggal-penggal lamanya dalam kancah politik, sebaliknya hanya sekadar berpesan-pesan.

Mereka yang tidak terpilih di dalam PRU-13 perlu mendapatkan nasihat daripada kalangan yang lebih berpengalaman dan pakar bagi meluahkan perasaan tidak puas hati.

Mereka boleh berjumpa nasionalis-nasionalis, pakar sejarah, pakar kaunseling, veteran-veteran parti dan tokoh-tokoh agama untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang bernas.

Pandangan-pandangan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat merawat hati yang terluka (sebab tidak dipilih).

Jangan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kawan-kawan atau kumpulan oportunis yang boleh menjahanamkan diri dan parti.

Kumpulan oportunis hanya pandai menghasut dan mengakibatkan rasa dendam yang lebih menebal




Monday, April 15

SENARAI CALON @BarisanNasional GERAKAN BAGI PULAU PINANG..... @tengchangyeow @BNpenang


Berikut adalah senarai Calon bagi Gerakan yang telah diumumkan oleh TS Khoo Tsu Koon sebentar tadi. Nampaknya ada muka baru dan lama. Ada diantaranya yang tak pernah bertanding tapi semuanya adalah penyelaras Parlimen. Namun inilah Barisan calon pilihan yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan. MKP masih menunggu nama dan senarai penuh dari UMNO dan lain-lain yang akan diumumkan bila-bila masa dari sekarang.

NAMA CALON BAGI PARLIMEN (GERAKAN) PULAU PINANG 

P048-Bukit Bendera – Teh Leong Meng (calon tak pernah bertanding)

P049-Tanjong – Ng Song Kheng (calon tak pernah bertanding

P050-Jelutong – Ng Fook On


NAMA CALON (DUN) BAGI (GERAKAN) DI PULAU PINANG....

1. Machang Bubuk – Tan Loke Heah (calon tak pernah bertanding)

2. Bukit Tengah – Teng Chang Yeow

3. Bukit Tambun – Lai Chew Hock

4. Tanjung Bungah – Chia Kwang Chye

5. Kebun Bunga – H’ng Chee Wey (calon tak pernah bertanding)

6. Pulau Tikus – Rowena Yam (calon tak pernah bertanding)

7. Padang Kota – Oh Tong Keong (calon tak pernah bertanding)

8. Datuk Keramat – Ong Thean Lye

9. Sungai Pinang – Dr Thor Teong Gee

10. Batu Lanchang – Lee Boon Ten

11. Air Itam – Loo Jieh Sheng (calon tak pernah bertanding)

12. Batu Uban – Goh Kheng Sneah

13. Pantai Jerejak – Wong Mun Hoe

CALON PARLIMEN (MCA) PULAU PINANG


Bagan
David Chua Teik Siang

Bukit Mertajam
Gui Guat Lye

Bukit Gelugor
Teh Beng Yeam

Bayan Baru
Tan Heap Seng

SENARAI CALON @BARISANNASIONAL BOCOR...........?


Hari nie semua mata dan telinga tertumpu pada senarai calon yang bakal dikeluarkan oleh barisan nasional. Ura-ura ada kalangan pemimpin barisan nasional (umno) nak boikot dan sailang parti nampaknya telah berkurangan kerana satu tindakan bijak dari DS Najib Razak nampaknya telah membuahkan hasil yang tidak sesiapa menjangka. Apakah tindakan yang diperkenalkan......biarlah rahsia dulu...nanti bila sampai masanya MKP berhujah lanjut....

Senarai calon BN yang akan diumumkan esok adalah MUKTAMAD dan tiada sebarang perubahan akan dibuat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga enggan mengulas mengenai calon, perubahan kerusi antara komponen atau spekulasi pertukaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, "Semua kena tunggu esok,"katanya.

Tapi beliau memberikan sedikit bayangan dengan mengatakan BN mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi PRU13, manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN.

"Senarai calon ini merupakan barisan BN yang terbaik kita sediakan. Ia proses yang panjang meliputi banyak rundingan dengan presiden komponen BN dan pengerusi BN negeri," kata beliau pada Majlis Penyerahan Watikah Senarai Calon BN di PWTC hari ini.

Menurutnya, senarai calon mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam senarai calon BN.

"Seramai 33 peratus muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini bagi memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam BN.

"Kita juga ambil kira perlu membariskan wakil rakyat sedia ada yang ada pengalaman sama ada dalam kerajaan. Ada pengalaman amat penting bukan sahaha perlu tampil pembaharuan tetapi sebagai parti dapat mandat bagi menubuh kerajaan yang boleh memberi khidmat kepada rakyat.

"Kalau semua muka baru tidak ada pengalaman ini tidak akan membantu kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti." katanya.



Menurut Najib, pemilihan calon itu mengambil kira bagi menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan yang mampu merealisasikan manifesto BN.

"Pada mereka terpillih harap dapat melakukan yang terbaik untuk parti. Pada mereka yang tidak terpilih bukan bererti mereka gagal. Tapi dalam keadaan pengundi menuntut perubahan, mereka perlu bagi laluan."

"Terima kasih pada semua wakil rakyat, sekirannya mereka tak bertanding bukan satu penafian pada khidmat mereka dan akan terus menyokong parti pada PRU," kata Najib.

Najib juga berkata, senarai calon berkenaan dilakukan secara inklusif dengan calon kerusi Parlimen 91 peratus daripada mereka mempunyai kelayakan diploma dan ke atas.

"Dari segi penyertaan ada pelbagai profesional meliputi 31 peratus. Calon terdiri daripada profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, ada doktor, ulama dan sebagainya."

"Ada mereka yang popular di peringkat akar umbi. Ini adalah senarai terakhir," tegas beliau.

Senarai calon juga terdiri daripada wakil yang seimbang antara lelaki dan wanita, tambahnya.

"Umumnya saya yakin barisan BN yang terkuat yang mampu kita tampilkan membantu kerajaan menjayakan manifesto dan transformasi nasional," katanya lagi.

Nama calon bagi kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan esok.-


Thursday, April 11

PAS LAWAN NGAN PKR DI SUNGAI ACEH...... BODOHNYA HAMPA @chegubard @AnakSgDerhaka


Perebutan kerusi diantara PKR dan Pas di Dun Sg Acheh, Parlimen Nibong Tebal semakin kronik. Ketua PKR Pulau Pinang umum Chegu Bard sebagai calon di Sungai Acheh pagi tadi.

Pas yang di Ketuai oleh Salleh Man telah mengumumkan secara rasmi Yusni Mat Piah Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang sebagai calon kerusi Dun Sg Acheh.

Lawak tahap gaban dah depa nie. Macam mana percaturan yang telah dibuat oleh Pakatan Penipu Rakyat nie. Lepas nie MKP pasti Guan Eng sebagai Abang Besaq pastinya berdehem dengan sikap kedua-dua pemimpin PKR dan PAS nie. Benda macam nie pun tak boleh nak maufakat macam mana nak membela serta menjaga rakyat kat Sungai Acheh..

Percakaran teruk sesama mereka sudah tak dapat dielakkan lagi.

Tuesday, April 9

BUKTI BERTULIS PKR AKAN BUAT KACAU PADA HARI PENGUNDIAN.......

Klik untuk gambaran lebih besar

Seorang kenalan MKP telah menghantar gambar mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang.Surat ini datangnya dari Pejabat Timbalan Presiden PKR sendiri. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.

Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-

1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam

Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.

Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.

Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.

Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.

Monday, April 8

VIDEO : SKANDAL SAMY_VELLU PULAK TERSEBAR.......GELI LAH TENGOK.....


Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ. Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN. Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:

1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan Rakyat merana dengan bayaran tol.

2. Menghina Agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".

3. Menghina Rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.



Sunday, April 7

ROSMAH MANSUR PENYEBAB BN KALAH PADA #PRU13.......


Nak kata apa lagi itulah hakikat yang patut kita terima. MKP lihat sejak kebelakangan ini ramai sangat yang memuji melambung dan sokong main kromo aje. Tanpa berfikir dengan natijah yang bakal diterima. Pada pegawai (Rosli) yang bertanggungjawab jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin jangan pulak syok sendiri. 

Oh rupanya Ds Rosmah bukak kilang dirumahnya, Pendedahan eksklusif yang dibuat haprak pakatan cukup mengemparkan. Adik kakok…satu hari bil elektrik $700 ribu ..gilo bhai…bil api KLCC dengan KLIA pun tak semahal tu..

Bill air sehari $100 ribu bhai..apa Ds Rosmah buat?Ada empangan kat rumah dia ker?Patutlah Selangor takde air,rupanya Ds Rosmah pakai air sebanyak tuh …

hihi.. ni hah video kat bawah..korang kena percaya..nanti tak cukup iman sebagai seorang pencacai pakatan.Lepas tonton video ni wajib pangkah pakatan… baru diredhai oleh Nik Aziz dengan Hj Hadi…


MKP Ayat Sempoi : Budak hingusan yang memberi ceramah tanpa fakta macam nie pun korang pecaya. Akal letak kat lutut der.....

Saturday, April 6

#ManifestoBN Menepati Janji Membawa Harapan @NajibRazak #Vote4BN


Janji Ditepati itu adalah tema bagi Pelancaran Manifesto BN. Bukan Omongan kosong yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat Bagi mereka Manifesto bukan janji seperti yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Selangor tapi hanya Khayalan kosong demi meraih undi.

Intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil.

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang

dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan

Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta

secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan

daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh


PELANCARAN MANIFESTO BN #GE13 #MANIFESTOBN #PRU13


Perdana Menteri DS Najib Razak akan melancarkan Manifesto BN pada jam 8:30 malam, 6 April 2013 di Perhimpunan Janji 1Malaysia, Stadium Putra Bukit Jalil,malam ini.

Sila ikuti siaran live streaming pelancaran Manifesto BN di BR1M.TV dan juga laman web 1Malaysia.

PM @NajibRazak akan berinteraksi bersama menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN di laman Twitter sebelum pelancaran manifesto. 


ANWAR JILAT LUDAHNYA SENDIRI..... NEKAD BERTANDING DI PERMATANG PAUH...... #PRU13


"Anwar nie jenis tak mengenang budi"itu ayat yang keluar dari mulut penyokongnya bila ditanya kenapa Anwar lari ketempat lain. Itu dua hari lepas bila MKP bertemu salah seorang rakan. Tapi semalam satu Malaysia terkejut apabila Anwar mengumumkan bahawa bakal mempertahankan kerusi Permatang Pauh. 

Mungkin setibanya di kawasannya sendiri terkejut beruk dengan keadaan sekeliling perubahan yang dilakukan oleh penyokongnya selepas dipinggirkan olehnya sebelum ini walaupun amanat pengundi yang telah mengundinya pada PRN lepas. Banyak poster dan bilik gerakkan tak berfungsi bendera diturunkan walaupun nampak hebat diluar..

Mungkin orang luar dari Pulau Pinang tidak nampak benda nie semua tapi kami semua tahu apa yang berlaku. Pola pengundian kini telah berubah. Anwar tidak lagi mengganggap Permatang Pauh sebagai Kubu Kuatnya kerana beliau sendiri yakin akan kalah. Banyak kepincangan berlaku disini.MKP akan dedahkan satu persatu selepas ini.

MKP bukan risau dengan kekuatan Pencacai-pencacai Anwar tapi Orang sendiri, Ada sudah ura-ura nak boikot kalau tak terpilih menjadi calon. Jika firasat ini tepat nantikan seluaq depa kami londeh..Tak kira walaupun orang UMNO sendiri...


Friday, April 5

@Zahid_Hamidi CABAR @Anwaribrahim BERSEMUKA DI BAGAN DATOH...... TUE PUN KALAU BERANI.....


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datoh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.    

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata sebelum ini, Anwar dikatakan akan bertanding di Ipoh Timur atau Gopeng dan terbaru Ketua Pembangkang itu dikatakan sedang memikirkan kemungkinan bertanding di Tambun atau Bagan Datoh.

"Saya amat-amat mengalu-alukan Datuk Seri Anwar untuk datang ke Bagan Datoh bagi menawarkan dirinya untuk bertanding atas tiket PKR kerana kerusi Bagan Datoh adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dan sebelum itu Semangat 46.

"Ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan.

"Saya bukan mahu riak atau takbur...datanglah," Katanya. Beliau mengulas hasrat Anwar untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak.    

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi.

Anwar Ibrahim meminta penyokongnya memberikan masa 24 jam untuk memutuskan kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
 
Anwar berkata memandangkan ramai penyokongnya di Permatang Pauh kini sudah menzahirkan kekecewaan terhadapnya, beliau mengambil keputusan untuk berunding semula dengan kepimpinan di kawasan itu.
 
"Saya bercadang memang hendak bertanding di Perak, saya sudah 9 tahun hidup di Perak, 7 tahun di MCKK, dan 2 tahun di ISA.
 
"Bagaimanapun kawan saya di Permatang Pauh ramai yang kecewa, esok saya kena berunding di sana, jadi kena beri saya 24 jam untuk saya putuskan," katanya

MKP Ayat Sempoi : Gelangang Dah Dibuka, Anwar Jangan Sembang Saja Kencang Lawan Tetap Lawan.

Thursday, April 4

INI MUNGKIN HARI TERAKHIR GUAN ENG BERMAJARALELA DI PULAU PINANG #GE13 #PRU13


Ini adalah riaksi Guan Eng semalam membawa buku perlembagaan keluar dari pejabat ketua menteri dengan rasa gembira akan tetapi debar didada siapa yang tahu. MKP mendapat perkhabaran dari sumber dalaman mengatakan bahawa Guan Eng bakal bertanding di Kadun Air Putih N-23 dan Parlimen Bukit Bendera P-48. Mungkin pada tanggapan Guan Eng Bukit Bendera adalah tempat paling selamat baginya. Berikut adalah keputusan pada PRU-12.



Guan Eng menang pada pada PRU-12 bukanlah suatu angka yang boleh dibanggakan akan tetapi kerana Tsunami politik melanda BN. Tetapi pada kali ini pembahagian kerusi agak tempang pada DAP di Pulau Pinang. Penyandang P-48 Liew Chin Tong telah dihalau Guan Eng ke Johor. Ini adalah penghinaan padanya kerana Johor adalah ibarat Kubur pada DAP....

Isu utama pada PRU 13 menjadi persoalan adakah kerjasama longgar PAS, PKR dan DAP boleh menyaingi dan mungkin lebih baik lagi, mengatasi pencapaian BN? 
 
Malaysia ialah sebuah negara bertuah. Kudrat Ilahi memberi kesempatan kepada pengundi PRU ke-13 untuk membuat pilihan lebih tepat dengan menghadiahkan pengalaman tsunami politik pada 8 Mac 2008. 
 
Tsunami ini menafikan BN kelebihan majoriti dua pertiga yang mengizinkanya meminda undang-undang mahupun melakar serta meluluskan undang-undang baru.  
 
Tsunami PRU 12 juga membuka peluang untuk PAS, PKR dan DAP belajar mengurus sebuah kerajaan. Maka apabila melangkah ke PRU ke-13, rakyat sudah ada rekod kemampuan ketiga-tiga parti ini untuk memerintah Malaysia.

Pulau Pinang di bawah DAP juga menyaksikan ego Ketua Menteri bertaraf to’kong melakarkan program tersusun menyisihkan rakyat bumiputra dari kawasan Bandar. 
 
Sementara PAS Kelantan masih buntu cara menyelesaikan masalah bekalan air bersih ke seluruh negeri meskipun sudah memerintah 23 tahun. 
 
Kekurangan hemah, hikmah dan juga keikhlasan ini amat ketara. Sebaliknya kemampuan dan keberhasilan BN sudah diketahui rakyat. Di sini kunci persoalan asas PRU13 - adakah Pakatan Rakyat lebih handal, cekap dan ikhlas berbanding BN?

Peluang bersuara dan berkempen mencari kelemahan BN sudah semakin melebar hasil program transfomasi BN. Setepatnya, kempen mencaci, mengkafir dan menghina agama dan Rasulullah mencirikan wawasan Pakatan Rakyat.  
 
Program ekonomi yang ditawarkannya demi menyemarakkan kebajikan terlepas pandang bagaimana biaya program pembangunan hendak diperolehi. 
 
Ketika BN mengubat luka tsunami 2008 dan memperbaiki prestasi melalui program transformasi, PAS, PKR dan DAP berkempen dan mencaci tanpa henti sepanjang lima tahun lalu. Bolehkah ia menyaingi keupayaan BN membangun negara ini? 

Wednesday, April 3

PARLIMEN TELAH DIBUBARKAN.............. #GE13 #vote4BN


Sebentar tadi DS Najib Razak telah mengumumkan bahawa Parlimen telah dibubarkan. Alhamdulilah apa yang dinanti selama ini terlerai sudah. Tepat jugak tekaan MKP bahawa hari ini Parlimen bakal dibubarkan hari ini. Dengan penampilan terbaru didalam blog MKP sempena PRU-13 ini. 

MKP sebagai Pejuang telah lama bersedia untuk menggalas tugas sebagai CyberTrooper dibawah Payung Barisan Nasional bertekad merampas Pulau Pinang dari #RejimDAP dan kembalikan Kerajaan Pulau Pinang pada Barisan Nasional...

Thursday, February 21

GEMPAR : UNTUK SIAPA BANNER DANOK INI.......? Bakal YB UMNO........?


Persoalan panas ini bakal terjawab jika ada bukti yang sahih!!!!! Entah dari mana pengirim E-mail ini mendapat tahu kebocoran maklumat bahawa indidvidu yang bakal dilondehkan ini adalah calon YB dikawasannya...Sedangkan nama senarai Calon belum lagi diumumkan oleh PM dan Majlis Tertinggi... 

Memang kali ini susah sikit nak jadi calon YB kerana banyak tapisan yang telah dibuat kalau tak silap 12 saringan....Mungkin individu yang dimaksudkan telah lulus semua saringan tersebut dan melobi sakan kat sana kot......Semua maklumat  termasuk gambar calon MKP dah terima cuma masanya lagi untuk didedahkan lagi......Sabar..........

Apakah sebenarnya pendirian PKR dalam isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu? Jawapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya nampaknya bercelaru. 

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata bahawa PKR akur pada butir ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. 

Katanya, dalam isu ini PKR akan sentiasa di belakang dewan tertinggi penggubal dasar PAS itu. Adakah maksud Azmin bahawasanya PKR sedia bergabung dengan PAS dalam ketetapan melarang penggunaan Allah dalam Bible? 

Pendirian PKR dalam isu kalimah Allah kabur 

Pendirian PKR ini kabur. Ini mungkin kerana PAS sendiri tidak mengumumkan bahawa ia mahu ketetapan itu menjadi dasar Pakatan Rakyat. Maksudnya jika pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, PAS tidak pula berjanji bahawa ia akan menggunakan kuasa untuk melarang perbuatan menggunakan kalimah Allah dalam Bible!

Ini bermakna PAS masih belum ada pegangan rasmi dalam isu ini. Maka benarlah hujah Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa Majlis Syura Ulama hanyalah satu komponen kecil dalam PAS. 

Malah, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua menganggap pandangan lantang beberapa pemimpin PAS dalam Majlis Syura itu seperti Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, bukanlah datang daripada kalangan pemimpin berkedudukan tinggi dalam PAS. 

Maka beliau mengesahkan pandangan Karpal itu sebenarnya adalah suara rasmi DAP.

Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia. 

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam. 

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.

Kalimah Allah: Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.   

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  

Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 

Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 

Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 

PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS

Azmin pula membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. 

Azmin berkata, PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS. Namun realiti kini jelas menunjukkan PKR lebih “liberal” dari itu. Ia mahu terus menjalin kerjasama dengan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu mengecilkan hati PAS.

Malangnya, isu ini bukan lagi soal menjaga hati dan emosi mana-mana parti politik. Ia soal akidah. PKR perlu lebih jelas dan tegas pendiriannya dalam hal ini. 

Rakyat perlu tahu sejauh mana PKR mahu bersama PAS pertahankan kesucian akidah umat Islam

Melontarkan tohmah pada media arus perdana bahawa ia mahu memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan Pakatan Rakyat hanyalah satu sikap dan alasan yang kurang bertanggungjawab. 

Yang perlu dinyatakan oleh PKR ialah adakah ia menyokong pendirian DAP dalam polemik ini. Majoriti ahli PKR beragama Islam. Mereka juga ingin tahu. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS. Mereka ingin kepastian sejauh mana PKR mahu bersama PAS mempertahankan kesucian akidah umat Islam.

Lebih penting lagi ialah pengundi-pengundi PRU 13 yang 60 peratus beragama Islam. Mereka ingin penjelasan adakah PKR menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS? 

Pengundi juga ingin tahu apakah perjuangan Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib yang tidak merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible disokong oleh PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan pemimpin Islam dalam PKR sendiri?

Berhentilah mengelirukan umat. Pengundi muslim mahu tahu jika mereka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13, adakah DAP akan berhenti memperjuangkan ketetapannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible?

Yang pastinya, orang Islam yang benar imannya tidak akan mengampunkan dosa PAS dan PKR mengizinkan kesucian nama khas Allah dicampur-adukkan dalam Bible berbahasa Melayu. Itu sahaja.

Thursday, February 7

TNB DIARAH SIAP SEDIA 13 MAC…KENAPA? PILIHANRAYA?


Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara semalam menerima arahan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan pada 13 Mac depan.

Arahan itu dikeluarkan oleh ibu pejabat TNB yang berpusat di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, arahan seumpama itu selalunya untuk perkara yang amat penting sahaja.

“Kalau dulu masa pilihan raya kami diarahkan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan seperti sekarang,” kata sumber itu.

Jika tarikh yang dikatakan itu benar, maka kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat hanya beberapa hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Mengikut ramalan, Parlimen dijangka akan dibubarkan pada atau sebelum 21 Mac kerana pada tarikh itu Dewan Undangan Negeri Johor akan terbubar secara otomatik kerana cukup penggal lima tahun.

Friday, January 18

PARLIMEN AKAN BUBAR PADA 17 FEB 2013..........?


Biar betul beb dah nak bubar, Takkan sebegitu cepat nak piliharaya dah.......? Hanya tinggal sebulan aje lagi jika dikira pada tarikhnya.Adakah PM dah yakin mendapatkan 2/3 kerusi Parlimen.Lagi cepat lagi bagus PRU-13 nie letih dah menunggu dan adakah semua 222 bahagian telah bersedia?

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi.  
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai.  
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan.  
"Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi. BH

Monday, November 5

LIM KIT SIANG MENIPU LAGI?


Lim Kit siang menipu lagi menyatakan Malaysia tidak pernah mengadakan pilihanraya didalam tempoh penuh lima tahun...Adakah ini benar? seduagh tentu tidak!!!Fakta tidak pernah menipu kecuali pemimpin bebal anak beranak Dinasti Lim sahaja..
Dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, Kali pertama kerajaan penuhi tempoh lima tahun pada 1969 kerana Peristiwa 13 Mei pilihan raya hanya diadakan Ogos 1974, pilihan raya umum Tun Razak pertama sebagai Perdana Menteri.

Pendeta politik Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan DS Najib, “Habiskan mandat kerajaan sekarang untuk buktikan kebolehan dan keprihatinan BN dannya kepada rakyat.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive