Bagaimanapun sudah sampai masanya untuk Mahathir dan rakan-rakannya tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan Najib.
Sementara ramai yang menentang Najib dan Mahathir, PRU-13 menyaksikan ramai lagi yang menyokong mereka. Maksudnya bukanlah 100 peratus undi menentang BN, tetapi bukan 100 peratus juga yang menyokong BN.
Bagi lima tahun akan datang dan seterusnya, persaingan adalah untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar.
Sementara ramai yang menentang Najib dan Mahathir, PRU-13 menyaksikan ramai lagi yang menyokong mereka. Maksudnya bukanlah 100 peratus undi menentang BN, tetapi bukan 100 peratus juga yang menyokong BN.
Bagi lima tahun akan datang dan seterusnya, persaingan adalah untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar.
Daripada memberi tumpuan kepada masyarakat Cina dan memberi ganjaran kepada mereka, kerajaan haruslah menggubal dasar-dasar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah rakyat kelas menengah dan penduduk bandar, tanpa mengira kaum dan bangsa.
Antara masalah utama masyarakat di bandar ialah perumahan. Rancangan membina 20,000 atau 30,000 rumah mampu milik di Selangor bagi golongan pekerja bergaji RM3,000 hingga RM5,000 tidak akan menyelesaikan masalah perumahan.
Begitu juga jaminan BN untuk membina satu juta rumah di seluruh negara juga bukan jalan penyelesaian bagi masalah penduduk bandar.
Sebaliknya, yang diperlukan ialah dasar untuk memperbaiki industri hartanah. Jangan biarkan ejen menaikkan harga rumah sesuka hati. Jangan biarkan pemaju mengaut keuntungan berlebihan.
Syarat ketat juga diperlukan bagi tidak menggalakkan orang asing dan golongan kaya membeli rumah sekitar Lembah Klang dengan tujuan spekulasi bagi menaikkan harga pada kemudian hari.
Golongan kaya sebenarnya tidak memerlukan lebih banyak wang. Sebaliknya, pemilik rumah golongan pendapatan sederhana tidak perlu membayar lebih.
Kakitangan kerajaan tidak memerlukan kenaikan gaji tetapi pekerja sektor awam memerlukan bantuan. Pada masa ini kebanyakan keluarga berpendapatan sederhana menghadapi kesukaran disebabkan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar.
Belum ada pihak mampu selesaikan masalah-masalah bandar. Pada masa ini tidak ada kementerian atau menteri yang menyelesaikan masalah-masalah bandar secara langsung.
Tidak dapat dinafikan, memang wujud Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tetapi saban hari berita yang didengar dan baca ialah mengenai masalah penduduk di Lembah Pantai sahaja.
Tiada pihak yang benar-benar ikhlas mahu atau berminat untuk menyelesaikan masalah penduduk bandar di Johor Bahru, Shah Alam, Kuala Terengganu, malah Ipoh, Seremban dan Melaka.
Kemenangan pakatan tidak menghairankan.
Justeru tidak menghairankan pada keputusan PRU-13, semua ibu negeri kecuali di Perlis tumbang di tangan Pakatan.
Jika golongan ini dapat dibantu dengan berkesan, undi kepada BN akan kembali dan meningkat.
Ramai yang tidak begitu peduli siapa yang mentadbir kerajaan. Yang penting bagi mereka ialah kehidupan yang lebih baik dan harmoni di negara kecintaan mereka.
Bagi mereka keselamatan amat penting. Namun hakikatnya setiap hari terpampang di dada akhbar, warga kota dirompak, dicederakan, dirogol dan tidak kurang juga dibunuh. Sedangkan pada masa yang sama menteri yang bertanggungjawab mendabik dada bahawa KPI mereka menunjukkan kadar jenayah telah berjaya diturunkan.
Begitu juga dengan masalah kesesakan lalu lintas. Menteri yang bertanggungjawab seolah-olah hilang punca dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Malah keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuktikan bahawa menteri sebenarnya gagal melaksanakan tugasnya.
Semua masalah yang disebutkan secara rambang itu seringkali memerlukan campur tangan perdana menteri untuk diambil tindakan. Menteri yang ada sekadar mengulangi apa yang perdana menteri putuskan dan memerintah kakitangan awam di bawahnya melaksanakan arahan.
Justeru, kali ini dalam membentuk pasukan Kabinetnya, Najib harus memikirkan individu yang benar-benar layak dan boleh membantu dirinya. Tidak perlu seseorang individu dilantik hanya kerana kuota parti mahupun kerana agihan mengikut etnik.



















