Showing posts with label bn orang muda. Show all posts
Showing posts with label bn orang muda. Show all posts

Monday, October 1

FORMULA APA NI 3-3-3-1?


Pada mulanya pada sidang media petang semalam MKP terpinga jugak dengan formula yang diberikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi 3-3-3-1 mak main bola ke pakai formula nie ,,,,,apakah benda yang dimaksudkan....?
Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi DUN serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika BN mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Maksud Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.
Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.
Sebelum itu DS Zahid Hamidi telah merasmikan Pelancaran BN Pilihan Orang Muda yang telah berjaya mengumpul lebih dari 5ribu peserta,JIka dilihat dari video diatas kemeriahan telah terbukti yang BN kini menjadi pilihan orang muda....

MKP Ayat Sempoi : Usaha Tangga Kejayaan,Orang Muda Sudah Mula Beralih Kepada BN.

Tuesday, September 4

Siapa Kata UMNO DiTolak Orang Muda?


Ayat dari pencacai Pakatan menyatakan UMNO sudah tidak relevan serta ditolak oleh golongan muda nampaknya kini ibarat meludah kelangit.Tambahan pulak Abby Abadi yang telah menyertai PAS membuat mereka lebih riak dan menunjuk-nunjuk.Akan tetapi Abby abadi kini telah menjadi liabiliti kepada PAS kerana sikapnya mengutuk alim ulamak yang tidak menyokong PAS.Baru sehari bertudung dah cakap pandai..... 

Terbaru pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.


Monday, November 28

UMNO Belum Kuat Jika???????????//



MKP setuju apa yang diperkatakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO malaysia nie.Faktor kemenangan BN bukan hanya terletak kepada kelemahan pembangkang akan tetapi cara pendekatan pemimpin turun padang dan mendekati rakyat dengan lebih berkesan dan sentuhan peribadi ini telah terbukti dari dahulu lagi.Usah lagi dibuai mimpi yang indah dengan sokongan dari cybertropper yang kini BN mendahului.Jika kempimpinan dapat berinteraksi bersama cybertrooper kesannya lebih mendalam untuk mendekati rakyat.nescaya pihak pembangkang akan lebih resah dengan perubahan ini.Dan interaksi ini akan mendekati lebih ramai pengundi muda.Pengundi muda mewakili lebih 50% dalam peratusan mengundi dalam PRU 13 yg akan datang.Slogan BN bersama orang muda lebih cepat dicapai.Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.

Monday, November 21

'BN pilihan orang muda'


Pengerusi Barisan Nasional Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan slogan baru 'BN Pilihan Orang Muda' menggantikan slogan 'Undilah BN' untuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di depan lebih 3000 orang perwakilan kedua-dua sayap itu yang mewakili setiap bahagian seluruh negara.
Slogan itu dilancarkan selepas Sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang pertama kali diadakan khusus untuk kedua-dua sayap tersebut dimana sebelum ini hanya diadakan khas untuk pemimpin UMNO Bahagian sahaja.
Taklimat lebih sejam itu menerima sambutan hangat dan dalam suasana penuh bersemangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Ahad.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin memberitahu taklimat khas itu adalah permintaan khas dari pemuda dan puteri kerana pengundi muda dalam pilihan raya akan datang merupakan faktor penentu.
Menurutnya, amanat itu banyak tertumpu pada kepada halatuju untuk memastikan pengundi muda menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Ianya telah diberi garis panduan dan terdapat beberapa tambahan terhadap apa yang sedang dilaksanakan oleh pemuda dan puteri ketika ini terutama untuk memberi 'touch point' pada generasi muda,” tambahnya yang ditemui wartawan selepas sesi taklimat tersebut.
Katanya, “Presiden memberi pesanan agar tumpuan yang lebih pada pengundi muda bagi memastikan pengundi muda itu benar-benar 'swing' pada BN.”
Mengulas tentang slogan baru itu, Khairy berkata, “semua gerak kerja pemuda dan puteri menjurus pada slogan itu dimana ianya akan menjadi teras yang mana generasi muda mempunyai pilihan.”
“Kita mengharapkan generasi muda yang mempunyai kuasa pilihan (undi) akan melihat apa yang kita (BN) boleh buat dan apa yang kita tawarkan adalah BN,” jelasnya.
“Taklimat Presiden itu telah menyuntik satu semangat baru pada pemuda dan puteri disamping menunjukkan satu transformasi telah berlaku dalam parti dimana jentera muda dalam parti telah mendapat penghargaan dari pucuk pimpinan parti,” ujarnya.-

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive